Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Mama Kalau Bercinta Macam Cinta Buta!" - Cik B Suspek Iqbal Suka Vida Bersebab, Tetap Tak Sebulu Dengan Bakal Bapa Tiri

Amri Hassan 13/09/2021 | 02:50 MYT
"Saya macam tak naklah ada ayah baharu, dah cukup ada lima ayah," demikian luahan anak sulung jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B.
Memetik wawancara Cik B bersama program hiburan popular pada Ahad, kata empunya nama Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, dia tetap dengan keputusannya tidak bersetuju dengan pilihan ibunya untuk berkahwin dengan Iqbal Zulkefli.
Kata Cik B, perbezaan ketara usia antara ibunya dan Iqbal menjadi faktor utama dirinya tidak merestui hubungan mereka.
"Saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 27.
"Macam mana abang Iqbal boleh sukakan orang tua. Mesti ada sebab. Saya pun tak setuju mama nak ada anak lagi. Mama ni kalau dia bercinta, dia macam cinta buta," katanya.
Dedah Cik B, hubungannya dengan Iqbal juga tidak begitu rapat dan kerap bergaduh sebelum ini.
"Saya dengan abang Iqbal ni memang tak baik. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa-biasa. Mama pun selalu bergaduh dengan dia.
"Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi biarlah pada diri saya sendiri saja," ujarnya.
Tambah Cik B, dia akui pada mulanya hanya menyangka hubungan ibunya dan Iqbal hanya tujuan marketing.
Bagaimanapun, Vida dan Iqbal kelihatan semakin serius sejak kebelakangan ini.
"Sebenarnya saya ingatkan cuma marketing (publisiti), tapi nampak macam betul-betul pula.
"Ya Allah takutnya, tapi harap-harapnya memang marketinglah.
"Tapi kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy (gembira), ikutlah mama nak buat apa. Saya memang tak nak mama kahwin dengan abang Iqbal," tambahnya.
Vida sebelum ini mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya itu pada Disember ini namun risau dengan penerimaan anak-anaknya terutama Cik B.
Kisah hubungan Vida dan Iqbal menjadi perhatian ramai apabila pasangan itu terbuka berkongsi persiapan mereka termasuk melakukan ujian kesuburan pada akhir Ogos lalu.
Iqbal pula memberitahu dirinya sudah bersedia untuk menjadi suami kepada Vida yang sudah lama didambakannya.
#Kahwin #Anak #Datuk Seri Vida #Cinta #DSV #Vida #Cik B #Kesuburan #PA #Iqbal Zulkefli #Disember
;