Berita

“Mama Kenapa Dulu Tak Pakai Tudung?”- Anak Persoal Imej Lama, Ini Jawapan Noorkhiriah

gempak
Syafiqah Jalal
13/04/2020
06:59 MYT
Sponsor Banner
“Mama Kenapa Dulu Tak Pakai Tudung?”- Anak Persoal Imej Lama, Ini Jawapan Noorkhiriah
Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia menerima banyak soalan luar jangkaan daripada anaknya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menurut Noorkhiriah, kebanyakan soalan tersebut mempersoalkan imej serta pemakaiannya yang tidak sopan sebelum berhijab.
“Bila PKP ni, macam-macam soalan ulangan dari anak: ‘Mama kenapa dulu Mama tak pakai tudung?; ‘Mama kenapa pakai macam tu?; ‘Kenapa Mama pegang-pegang; ‘Mama dulu Mama belum taubat, sekarang Mama dah taubat ye?,”tulisnya.
Noorkhiriah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam entri kapsyen tersebut, Noorkhiriah menjawab.
“Dulu Mama rock kapak nak,” katanya.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan jawapan terbabit.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) sehingga 28 April 2020, di seluruh negara.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live