Laman Utama

“Mama Muka Adik Kat Billboard” - Wajah Iman Troye Di New York Times Square

gempak
Mya Amri
18/11/2021
07:57 MYT
Sponsor Banner
“Mama Muka Adik Kat Billboard” - Wajah Iman Troye Di New York Times Square
Penyanyi, Iman Troye menjadi artis Malaysia berhijab ketiga untuk muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin bersyukur dan menganggap sebagai satu kejayaan besar buat dirinya yang masih baru dalam bidang seni.
“Alhamdulillah, Saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ia satu kejayaan yang besar buat saya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan, apatah lagi sebagai seorang penyanyi wanita Malaysia yang berhijab.
“Saya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dan berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Iman juga turut berkongsi keterujaannya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.
“Mama muka adik dekat billboard. Alhamdulillah so glad to be featured on Equal, representing Malaysia and Singapore on New York City Times Square. Terima kasih semua,” coretnya.
Penampilan Iman yang mewakili negara Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara.
Iman Troye merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the "best" EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis- artis Equal dari serata dunia.
Iman Troye mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas membuat banyak rakaman nyanyian semula atau ‘cover’ lagu-lagu popular artis tempatan yang telah menggegar ruang media sosial secara mengejut.
Dia kemudian mencipta fenomena tersendiri lewat lagu ‘Teman’ yang sehingga kini telah meraih 45 juta tontonan di laman YouTube.
Lagu Hari Rayanya ‘Pejam Celik Hari Raya’ juga telah mendapat tontonan sebanyak 11 juta sejak dilancarkan Aidilfitri lalu.
Berbekalkan suara yang unik dan penampilan yang comel dan menawan Iman terus mencuri perhatian peminat muzik tempatan dan kini tampil dengan lagu baharu bejudul Nang yang sudah pun mendapat lebih dua juta tontonan sejak dilancarkan beberapa minggu lalu.
Iman Troye merupakan artis Malaysia keempat yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas Yuna, Layla Sania, dan juga DOLLA September lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024