Pelakon vateran, Norlia Ghani terkedu melihat sambutan luar biasa terhadap program Sepahtu Reunion Live 2022 yang berlangsung pada Khamis lalu.

Menurut Norlia atau lebih mesra disapa mama, kejadian itu juga menyebabkan dia hilang kata-kata ketika melakonkan sketsa bersama Jep.

“Seingat saya, saya dah muncul dalam Sepahtu lebih kurang empat ke lima kali macam itulah. Terima kasih keraba mereka masih mahu mengajak saya turut serta dalam program itu.

“Waktu itu saya tidak tahulah mungkin rasa malu atau apa tetapi tapi jumlah penonton yang datang ramai sangat dari biasa.

“Selepas tamat persembahan pun memang ada yang datang jumpa tanya kenapa mama dah lama tak muncul,” jelasnya. ketika dihubungi Gempak.

Ketika ditanya mengenai Sepahtu, Norlia memuji cara Jep mengendalikan program tersebut.

“Pada mama Sepahtu itu ramai yang suka kerana bersahaja, tidak ada cakap yang lucah-lucah seperti segelintir kumpulan lawak-lawak yang baru ini.

“Kadang-kadang bahasa yang mereka gunakan agak kasar untuk beri orang ketawa, tetapi dengan Sepahtu, kita rasa seronok,” katanya.

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Selain Norlia, aktres Isyariana dan penyanyi Ella juga turut hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod akhir Sepahtu.

Bagaimanpun pada akhir rancangan, Jep membuat kejutan dengan mengumumkan Sepahtu Reunion Live 2022 akan diteruskan lagi untuk minggu-minggu seterusnya.

Terdahulu, Norlia menarik perhatian netizen sewaktu melakukan sketsa bersama Jep bertajuk Jodoh Pasti Bertemu.

Sketsa itu menceritakan tentang kisah bekas murid (Jep) yang menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan bekas gurunya (Norlia Ghani).

Saksikan Sepahtu Reunion Live 2022 yang bersiaran setiap Khamis, 9 malam di Astro Warna (saluran 107).