Laman Utama

"Mama Tolong Ambilkan Ya..."- Sebak, Nora Ariffin Mewakili Arwah Anak Terima Diploma

gempak
Syafiqah Jalal
29/11/2022
22:48 MYT
Sponsor Banner
"Mama Tolong Ambilkan Ya..."- Sebak, Nora Ariffin Mewakili Arwah Anak Terima Diploma
Penyanyi Datuk Nora Ariffin terharu dapat mewakili arwah anaknya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan bagi menerima skrol diploma miliknya di Majlis Konvensyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ke-95 pada Selasa.

Pun begitu, Nora Ariffin bagga kerana arwah Alif sempat menghabiskan pengajiannya sebelum ke rahmatullah.

"Alif...this is for you. Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah...congrats.
"Keluarga kecil saya tumpang bangga dan gembira dengan pencapaian anaknda Alif Johan, sempat habiskan Diploma sebelum kembali kerahmatullah.
"Moga Alif tenang disana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA dan sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia.
"Thank you UITM, Moga legacy arwah dapat diteruskan. Al- fatihah," tulisnya.
Nora berkongsi berita gembira itu di akaun Insgram miliknya.
Menerusi entri tersebjt, rata-rata ramai yang terharu serta sebak melihat situasi itu.
"Sebaknya, Allahuakhbar. Moga arwah tenang di sana," komen salah seorang pengikutnya
"Salam takziah rasa baru je adwah meninggal dunia," kata salah seorang netizen.
Arwah Alif meninggal dunia pada 15 Disember 2019 kerana faktor genetik.
Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Satu ini kemudian berkahwin lagi dengab Dr Rushdi yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024