Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Mama Tunggu Abang Yu Balik” – Ibu Buntu Anak Dah 5 Hari Hilang Lepas COD Telefon Bimbit!

Fiza Kamarudin
11/03/2021 01:45 MYT
Seorang ibu buntu memikirkan nasib anaknya yang sudah lima hari ghaib tanpa khabar selepas membuat penghantaran (COD) telefon pintar jeis i-Phone kepada pelanggannya.

Anna Rohana menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB)nya berharap agar anak sulungnya, Muhammad Amirul Shafiq, 25, pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Anna berkata, pencarian Muhammad Amirul atau lebih mesra dipanggil Abang Yu itu masih giat dijalankan oleh seluruh ahli keluarga.

“Mama tunggu Abang Yu balik sayang...Mama tau abang Yu kuat. bertahan sikit saja lagi. Saudara-saudara kita sedang mencari Abang Yu.

“Setiap minit dan jam mama sentiasa mendoakan keselamatan abang Yu. Semoga Allah sentiasa melindungi abang Yu.

“Sabar ya sayang, keperitan yang sedang abang Yu tempuhi adalah keperitan mama juga. Sakit abang Yu sakit mama juga.

“Kerana kau adalah darah dagingku, kau sebahagiaan dari diriku...Ya Allah lindungilah anakku, kembalikanlah dia kepangkuan ku dengan selamat,” tulisnya.
Mama tunggu abg yu balik syg...mama Tau abg yu kuat bertahan sikit saja lagi...saudara2 kita sedang mencari...

Posted by Anna Rohana on Tuesday, 9 March 2021
Sementara itu bapa Muhammad Amirul berkata, usaha menjejaki anaknya sejak dilaporkan hilang di Sungai Besi pada Sabtu lalu, menemui jalan buntu.

Sudirman Daek, 50, berkata kali terakhir Muhammad Amirul yang juga peniaga telefon bimbit membuat penghantaran tiga unit telefon pintar Apple iPhone 12 berharga lebih 17,000 kepada seorang pembeli di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi, pada 7.30 malam.

Berikutan kehilangan anaknya itu, Sudirman berkata, dia sudah membuat laporan polis pada awal pagi Ahad lalu selepas pelbagai usaha mencari Muhammaad Amirul tidak berhasil.

Dalam pada itu, adik kepada Muhammad Amirul iaitu Amira turut meluahkan perasaannya selepas usaha mencari abangnya sejak lima hari lalu menemui jalan buntu.

Amira di laman sosial Instagramnya berkata, abangnya itu berkelakuan pelik beberapa hari sebelum kehilangannya.

A post shared by Myrasudirman_ (@myrasudirman_)

#Viral #Polis #PDRM #Hilang #Abang Yu #Muhammad Amirul #Kes Polis
;