Mamak Terharu Sokongan Orang Ramai – “Saya Nak Fokus Cari Duit Untuk Isteri & Anak, Back-up Untuk Mereka…”

Fiza Kamarudin
September 2, 2020 07:26 MYT

Pelawak dan pelakon Mamak Puteh terharu melihat sokongan orang ramai terhadap premis perniagaannya, Round Island Café yag terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Kafe yang menjual pelbagai jenis makanan tersebut telah dirasmikan pada 30 Ogos lalu dan kehadiran orang ramai membuatkan Mamak terharu.
“Saya tak sangka ramai yang hadir pada hari pembukaan Round Island Café. Terima kasih kepada yang memberikan sokongan kepada kami.
“Sebenarnya saya gementar juga pada hari pembukaan tu, risau orang tak datang. Apapun Alhamdulillah, inilah memori terindah dalam hidup saya kerana selain sokongan padu orang ramai, Round Island Café juga mencatat sejarah tersendiri kerana memulakan operasi ketika kita sedang ‘struggle’ dengan pandemik COVID-19,” katanya kepada Gempak.
Ketika ditanya mengenai kerjaya di pentas lakonan atau perniagaan yang akan menjadi fokus selepas ini, Mamak berpendapat, kedua-duanya perlu seiiring.
“Insha-Allah saya akan cuba seimbangkan kedua-dua cabang ini. Saya memang kena berusaha dan kerja lebih sikit sebab saya tahu bukan senang nak jadi senang.
“Inilah pengorbanan saya buat isteri dan anak-anak dan saya sedar saya perlu bekerja keras untuk mereka.
“Saya nak fokus cari duit untuk mereka untuk ‘back-up’ pada masa hadapan. Iyalah, masa akan datang kita tak tahu apa yang akan jadi,” katanya positif.
Round Island Café menjual pelbagai menu masakan seperti Western, Ikan Bakar, Sate, Roti Benggali Bakaq Daging Cincang, Nasi Dalca Mamak Daging, Mee Rebus, Char Koay Teow dan Sandwich.

Baca artikel berkaitan:

“Jujur, Saya Buka Kedai Makan Nak Tambah Pendapatan, Takkanlah Nak…” – Mamak

“Kalau Boleh Nak Cari Orang Kita La…” – Mamak Cari Pekerja

#Mamak Puteh #Pelawak #Round Island Cafe