Sutradara terkenal, Mamat Khalid mengejutkan orang Kampung Pisang apabila tiba tiba mengumumkan mahu bertemu dalam mesyuarat tergempar setelah sekian lama tidak mengadakan meeting bersama mereka.

Entah apa yang sangat penting, Mamat malah meninggalkan voicenote kepada Rahim malam semalam. Beliau mahu Rahim menyampaikan hasratnya bertemu lalu mengadakan meeting online atau mesyuarat dengan penduduk Kampung Pisang melalui stesen radio Sinar.

Meski demikian, jangan risau sebab meeting yang bakal diadakan Mamat langsung tidak akan melanggar sebarang protokol atau SOP kesihatan seperti yang telah disarankan kerajaan.

Tidak akan ada pertemuan apalagi bersentuhan kerana Mamat kali ini sudah level up. Beliau mengikuti cara norma baharu apabila mahu melakukan meeting secara online. Yes, jangan ingat Mamat dan orang Kampung Pisang tak tahu guna teknologi ya!

"Kome nak minta tolong, beritahu kawan kawan dekat Sinar tu, suruh depa attend meeting online malam ni," kata Mamat.

Beliau kemudian terdengar menyambung: "Hah, zaman telah berubah, meeting tak payah pergi ke dewan, boleh online saja. Ada mesyuarat tergempo."

Kata Mamat sukar untuknya menjelaskan apa yang berlaku sekarang, namun beliau terus meminta tolong kepada Rahim agar dapat menyampaikan amanahnya untuk mengajak seluruh orang Kampong Pisang menghadiri meeting secara online yang akan dijalankan malam ini.

"Abang nak mengexplain pun susah. Tapi tolong bagitau kat orang kampung semua kita buat meeting online.

"Tolong bagitau Pak Din Pest Control tu dia kena ada, dia penting. Mintaklah dia kabo kat kawan kawan kita malam ini ada meeting online lepas Isyak dalam pukul 9.

"Kalau nak tengok, kome semua boleh tengok live tu kat Facebook dan Instagram Astro Shaw.

"Abang buat meeting online, jadi kome boleh tahu apa isi important dalam mesyuarat ni nanti," kata Mamat mengingatkan.



Sambil berkali kali mengatakan meeting yang akan dijalankan pukul 9 malam ini dan boleh disaksikan secara langsung dari Instagram Astro Shaw, Mamat juga mengingatkan agar jangan terlupa menjemput Pak Jabit dan Barkoba ikut menghadiri mesyuarat tergempar yang akan diadakan.

"Suruh Barkoba pakai baju sebab dia suka jalan dalam rumah tak pakai baju. Ini meeting online kena pakai baju. Tak elok eh, Assalamualaikum," akhiri Mamat.

Apa yang penting sangat sampai buat mesyuarat tergempar malam ni Yeop. Jangan risau orang kampung hadirkan diri di meeting online tergempo Abang Mamat malam ini okey.