gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Sempat Bella Astillah Jawab Soalan Ketika Buat Live, Syed Saddiq Dah ‘Explain’ - “Dia Juga Tak Suka Kalau Lengan Saya…”
SUKAN
Terbuka Indonesia: Pemain Badminton Negara Kena 'Boo' Di Istora Senayan
VIRAL
Lembu Terkorban Sebelum Sempat Dibuat Korban
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Mamat Khalid Meninggal Dunia

gempak
Amri Hassan
23/10/2021
17:29 MYT
Sponsor Banner
Mamat Khalid Meninggal Dunia
Penerbit dan pengarah filem tersohor Mamat Khalid, 58, telah meninggal dunia sebentar tadi.
Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian di Facebook Pembantu Perubatan, Din Dressa yang memberitahu beliau dikejarkan ke Hospital Slim River, Perak lewat malam tadi.
Berita duka itu turut disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.
Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
"Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia," katanya.
Punca kematian difahamkan akibat serangan jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.
Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah.
Gempak masih cuba mendapatkan maklumat terkini daripada keluarga Allahyarham. Salam takziah diucapkan.
View this post on Instagram
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Sumber: FB Din Dressa, Utusan Malaysia
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#mamat khalid
#Pengarah
#Perak
Must-Watch Video