Malaysia baru sahaja digemparkan dengan berita menyayat hati pemergian penyanyi Siti Sarah apabila nyawanya diragut oleh Covid-19 ketika sedang sarat hamil.

Ini bukan pertama kali kita dengar kes ibu hamil dijangkiti Covid-19 serta terpaksa bertarung nyawa menyelamatkan bayi mereka sehingga nyawa mereka melayang.

Malah sejak gelombang kedua Covid-19 lagi ramai ibu hamil yang dijangkiti kerana mereka adalah golongan berisiko tinggi dan sangat berbahaya.

Namun siapa yang dapat menolak rezeki cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah. Setiap perancangan dariNya itu pasti yang terbaik buat hidup kita.

Jadi Mami Piqah senaraikan 5 tips buat ibu-ibu yang terpaksa melalui proses kehamilan ketika pandemik ini:
  1. Keluar jika perlu – elak kontak rapat
Kuarantin di rumah sepanjang tempoh kehamilan adalah yang terbaik buat ibu hamil. Ia satu-satunya Langkah yang selamat. Namun jika perlu keluar untuk menguruskan hal penting, ambil Langkah berjaga-jaga dengan memakai ‘double mask’ serta ‘face shield’ . Bukan sahaja anda, malah suami atau ahli keluarga yang berada di rumah juga perlu berjaga-jaga kerana mereka adalah kontak paling rapat dengan anda. Jika mereka dijangkiti anda adalah orang yang paling rapat dan mudah dijangkiti.
  1. Vaksin
Sebagai perlindungan, dapatkan nasihat doctor untuk ambil vaksin ketika usia kandungan ibu hamil dari 14 hingga 33 minggu. Kini semua vaksin iaitu Pfizer, Sinovac dan Astra Zaneca telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sesuai untuk ibu hamil. Pastikan anda lengkah dua dos vaksin sebelum melahirkan bayi. Kajian mengatakan individu atau ibu hamil yang lengkap vaksinasi dan dijangkiti Covid-19 akan mengurangkan risiko jangkitan.
  1. Beli barang keperluan ibu & anak secara online
Berbeza ketika negara bebas Covid-19, ibu-ibu boleh ke kedai untuk membeli belah barang keperluan ibu dan bayi tetapi kini tidak lagi. Lakukan semua pembelian menerusi ‘online shopping’ sahaja. Mami Piqah keterujaan untuk keluar memilih baju itu lebih seronok tetapi demi keselamatan ibu-ibu elakan untuk keluar.
  1. Bersenam – Yoga
Menjaga kesihatan ketika hamil amat penting, pastikan ibu hamil mengambil vitamin tambahan yang mencukupi untuk perlindungan. Dapatkan nasihat doctor vitamin apa yang sesuai untuk anda. Selain itu, lakukan senaman ringan di rumah seperti yoga bagi menjaga kecergasan diri meskipun hanya duduk di rumah.
  1. Hobi
Kesihatan mental juga penting, pilih hobi yang dapat mengembirakan hati anda di rumah. Banyak hobi yang boleh dilakukan seperti menjahit, bercucuk tanam atau sebagainya. Tidak kisah lah apa pun yang penting ia dapat memberikan mood yang baik untuk ibu hamil. Layan movie di Netfliex dan karaoke pun terapi juga!