Pada 22 Mac ini, sesi persekolahan bagi murid darjah satu bakal bermula untuk semua sekolah rendah kebangsaan di Malaysia.
Mami Piqah pasti ibu bapa adalah insan yang paling teruja sekali untuk melihat anak mereka pertama kali masuk ke sekolah rendah.
Bagi anak-anak yang baru pertama kali hendak masuk ke sekolah pula pasti perasaannya bercampur baur, ada takut, ada gembira.
Pun begitu, tinggal kurang seminggau lagi persekolahan itu bakal bermula, pasti persiapan persekolah sudah mula dilakukan.
Mami Piqah percaya ibu bapa pasti teruja untuk melalukan persiapan sekolah anak-anak dari baju sekolah, beg sekolah serta barangan keperluan.
Namun Mami Piqah tertarik dengan perkongsian di laman Facebook mengenai ‘peringatan mesra’ kepada ibu bapa untuk anak mereka yang baru hendak masuk sekolah seperti tadika dan darjah 1.
‘Peringatan’ yang diberi itu seperti boleh ‘relate’ dengan ibu bapa zaman kini. Antaranya mengenai membeli barang mahal dan ‘vogue’ tu. Nak tahu sebab apa? Baca dibawah:
1. Jangan beli barang mahal.Beli yang murah supaya bila hilang mak tak mengamuk.
2. Beli pensel warna yang 12 batang supaya anak dapat belajar tentang warna dan lebih kreatif belajar mengadun warna .
3. Ajar anak pergi ke tandas dengan cara yang betul.Nak buka zip khususnya....tersepit nanti naya! Jangan pakai tali pinggang ye....berjam nak buka tali pinggan nanti.
4. Ajar anak tidur awal dan bangun awal di cuti sekolah supaya anak tak liat bangun awal ke sekolah
5. Ajar anak minum air kosong dan jangan bawa bekal air manis ke sekolah.
6. Jangan bawa bekal Mcd / KFC / Pizza. Kalau nak bawa pastikan cukup untuk satu kelas makan.
7. Potong kuku anak....nanti dia cakar cikgu bila meronta nak balik .
8. Jangan beli beg sekolah atau alat tulis vouge sangat nanti orang lain meragam nak juga orang punya .Kalau hilang....pastikan mak ayah jangan suruh cikgu cari .
9. Ajar anak jangan lap mulut pada lengan baju sekolah.Kalau mak rajin sental, tak apa.
10. Mak mak jangan jadi pengintip di tingkap.Lepas anak masuk kelas, sila balik.Kena percaya pada cikgu dan anak.Kalau rasa tak percaya, bawa anak balik rumah.
11. Jangan mesej cikgu tanya pasal anak masa waktu persekolahan .Cikgu tak ada masa nak jawab .Jangan minta suruh post gambar anak.( Cikgu sah sedang dok bersilat dalam kelas pada minggu pertama )
12. Tulis nama betul anak pada semua barang termasuk kasut dan stoking. Nama betul, bukan boboboy !
13. Mula panggil anak dengan nama rasmi dalam surat beranak. Bukan adik abang manja lela segala.
14. Pesan pada anak....banyak kali dan ulang setiap hari bahawa dilarang menangis dan mengamuk di sekolah.Nanti cikgu tukar jadi gorilla.
15. Google tarikh persekolahan 2022. Semua tarikh ada. Ambil tahu bila sekolah buka macam kita ambil tahu sale lazada.
16. Jangan malu Jangan segan untuk follow up tentang anak dengan cikgu. Nak tanya, whatsapp terus cikgu pada masa sesuai.
17. Pastikan potong rambut anak dengan kemas tanpa ada rambut stylo atau warna kuning oren biru ungu ya....
18. Pastikan check suhu badan anak sebelum hantar ke sekolah. Pastikan anak sihat sewaktu datang ke sekolah. Jika anak sakit / demam, jangan sesekali hantar ke sekolah siap bagi bekal ubat pada cikgu. jika betul2 sakit minta sijil sakit pada doc (jika perlu)
19. Jemput anak pada masa yang tepat. Jangan ambil kesempatan minta cikgu tunggu anak anak kita. Urus pengangkutan anak dengan baik.
20. No toys... No barang kemas...Hilang cikgu tak wajib cari dan jangan whatsapp cikgu suruh cari.
21. Jangan tolong anak bawa beg sekolah. Biar anak bawa sendiri. ( belajar berdikari )
22. Jangan tolong cari kasut anak .Biar anak cari sendiri dan mak ayah kena sabar tunggu anak pakai kasut sendiri.
Kredit: Bawang Channel
Syafiqah Jalal
Fri Mar 18 2022

![[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah [VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(26).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah
Rossa Sera wanita kuat

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine!

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.
![[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang [TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1976159/thumbnails/29393824241656678001359_640x390.png)
[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang
Cubaan Kadir Osman (KO) mengambil khidmat hantu raya untuk memenangi hati Manisah – gadis impiannya – secara langsung bakal menentukan nasib kampungnya yang dalam peperangan dengan sebuah syarikat korporasi gergasi yang ingin mengambil tanah kampungnya dengan bantuan Manisah. Nak tahu apa sambungan dia? Korang boleh Saksikan episod penuh Hantu Raya Pergi Perang di aplikasi sooka. Episod pertama PERCUMA. Korang boleh tekan dekat link ni terus! https://links.sooka.my/pKH2YPCEnhRevVit6 Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my. Langgan pelan VIP Entertainment pada rm15.90/sebulan
.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia