Kucing adalah haiwan yang penyayang dan comel serta paling menjadi kesukaan kanak-kanak.

Sifatnya yang manja itu membuatkan anak-anak senang mesra dengan haiwan ini dan mahu mengambilnya sebagai binatang peliharaan.

Sebagai ibu bapa pasti anda juga ‘cair’ bila anak memujuk untuk membela kucing di rumah. Tahukah anda kucing ini mempunyai banayk jenis baka dengan sifat yang tersendiri.

Berikut merupakan jenis-jenis baka kucing yang boleh dijadikan panduan sebelum anda membelanya dirumah.

#1 Ragdoll

Sekiranya anda berhasrat untuk memiliki kucing yang santai dan sangat penyayang, maka Ragdoll adalah jenis kucing yang tepat untuk anda. Baka kucing ini bersifat tenang, lembut dan mudah bergaul. Kucing Ragdoll berasal dari Amerika Syarikat.
Sebagaimana namanya, kucing ini mempunyai sifat yang sangat suka bersantai dan melepak dalam pelukan tuannya persis anak patung jenis kain.

#2 Kucing Siam

Kucing yang ramah ini mempunyai bulu pendek yang mudah untuk diuruskan dan juga ianya hipoalergenik.
Kucing ini dikenali dengan sifatnya yang amat setia dengan rapat dengan tuannya; anda akan mendapati ia tidak dapat berjauhan dengan anda dalam masa yang terlalu lama.

#3 Maine Coon

Baka Maine Coon memiliki sifat yang lembut dan suka bermain. Anda boleh mempertimbangkan untuk memelihara kucing baka ini kerana ia mempunyai sifat yang setia dan penyayang terhadap tuan yang memeliharanya.
Kucing ini juga amat gemar berada di sekeliling manusia. Anda boleh memberikan sedikit snek kepada kucing ini untuk mengeratkan hubungan serta membolehkannya melepaskan tenaga dan beristirahat.

#4 Parsi

Sebagaimana wajah dan bulunya yang tebal dan buatkan orang geram, kucing Parsi sangat mudah memberikan kasih sayangnya kepada tuannya. Sentuhan dan gigitan manja yang kucing ini berikan adalah bagi membolehkan respons kepada dirinya yang sukakan perhatian.

#5 American Shorthair

Baka ini ialah salah satu baka kucing Malaysia yang berasal daripada Eropah dan Amerika. Baka ini tenang dan bermain sendiri dengan baik. Tambahan lagi, ia adalah kucing yang mudah-mesra yang akan menyayangi setiap ahli keluarga anda.

Sumber: BestBuyBudget, Sistem Guru Online