Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Dah Boleh Rentas Negeri, Ini Tips Bawa Anak Travel Jauh

gempak
Syafiqah Jalal
12/10/2021
13:03 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Dah Boleh Rentas Negeri, Ini Tips Bawa Anak Travel Jauh
Nampaknya ramai yang teruja untuk pulang ke kampung dan bercuti selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri sejak 11 Oktober, semalam.
Anak-anak juga pasti gembira selepas sembilan bulan terperuk di rumah tak dapat berjumpa dengan datuk nenek serta melihat dunia luar, inilah masa yang dinanti-nantikan.
Bila sudah buat keputusan untuk ke destinasi yang dituju, biasanya kaum ibu adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga apabila hendak travel jauh dalam jangka masa yang lama.
Mami Piqah faham sangatlah sebab ibu yang akan menyediakan semua baju serta bagasi suami dan anak-anak nanti.
Tak usah pening, Mami Piqah senaraikan perkara penting yang perlu dibawa terutama ketika masih fasa endamik ini.
Tips ini lebih kepada keperluan anak-anak juga bayi yang mungkin pertama kali travel:
  1. Essential
Perkara paling penting apabila hendak travel terutama menaiki dalam jangka masa yang lama adalah tisu basah serta plastic. Perjalanan agak jauh dan tidak mungkin anda mahu berhenti setiap masa jika hendak mencuci tangan atau ada dikalangan ahli keluarga atau anak yang hendak muntah atau sebagainya. Plastik adalah penyelamat. Selain itu, sudah tentulah pelitup muka atau mask. Bagi anak yang masih bayi anda mungkin boleh bawa face shield. Selain itu, tidak dilupakan juga sanitizer yang kini menjadi pendamping kita.
  1. Makanan
Makanan dan minuman penting terutama buat bekalan di dalam kereta sewaktu perjalanan. Bukan apa, untuk keselamatan lebih baik tidak berhenti makan di Kawana Rawat & Rehat (R&R) kerana bimbang sesak dan boleh dikuatiri juga ada virus Covid-19. Jadi bawa sahaja makanan atau snek yang ringkas seperti roti, sandwich, buah atau biskut serta air yang mencukupi. Sekurang-kurangnya boleh mengisi perut sebelum anda tiba di destinasi.
  1. Kit Perubatan
Ini juga penting, selain ubat-ubatan seperti Panadol, penting juga untuk membawa pengesan suhu untuk memantau serta menjaga kesihatan anak jika ada kecemasan. Sebelum mencari klinik berdekatakan kit perubatan ini perlu sentiasa ada supaya ibu-ibu tidak panik.
  1. Baju salin
Selain itu, sediakan baju salin atau lampin pakai buang serta tuala di dalam kereta. Perjalanan mungkin agak jauh, baju itu boleh ditukar jika anak-anak sudah mula menunjukkan rasa tidak selesa.
  1. Pakaian
Ini adalah perkara penting jika ibu bapa buat keputusan untuk bermalam di kampung halaman atau bercuti di destinasi yang dituju. Bawa baju yang selesa dan memudahkan pergerakan supaya anak-anak bebas bermain tanpa rasa rimas. Pastikan ia mencukupi mengikut perancangan berapa hari anda mahu menginap kerana sukar untuk membasuhnya dan memakai untuk kali kedua ketika anda sedang bercuti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024