#MamiPiqahCorner : Dah Ready Anak Masuk Darjah 1? Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Susun Buku Dalam Fail Berzip
Syafiqah Jalal
02/03/2022 10:29 MYT
02/03/2022 10:29 MYT
Tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk murid darjah 1 memulakan persekolahan mereka di sekolah rendah.
Mami Piqah pasti perasaan ibu bapa kini berbaur-baur. Yelah, dalam teruja hendak melihat anak melangkah ke sekolah baharu dalam masa yang sama gementar bagaimana pun rutin harian anak nanti di sekolah yang pasti berubah.
Bukan anak sahaja yang perlu menyesuaikan diri dengan rutin baharu, ibu bapa juga sudah mula membuat persiapan untuk menjalani hari yang baru dengan urusan sekolah anak.
Bagi ibu bapa yang pertama kali juga mahu menghantar anak ke sekolah rendah pasti masih bingung persiapan apa yang perlu dilakukan nanti.
Justeru, seorang ibu yang telah melalui pengalaman itu berkongsi contoh di laman Facebook tentang dia menyusun buku anaknya mengikut jadual.
Menerusi foto yang dikongsi, setiap buku itu disusun di dalam fail berzip mengikut subjek pelajaran.
Menurut ibu berkenaan, ia amat memudahkan urusannya serta anaknya untuk menyusun buku serta buku selain ia akan terjaga dengan rapi.
Contoh boleh diguna pakai untuk parents yang anak baru nak darjah 1, kami buat kat si abg qimie dari darjah 1 dan sehingga sekarang darjah 4 alhamdulillah last dia berdikari dan mudah untuk dia atur jadual sendiri.
Kongsi dari rakan facebook juga:
1. Senang anak ikut jadual
2. Buku terjaga dan tak lunyai
3. Tak berselerak dan bercampur dalam beg
4. Confirm buku tak akan tercicir
Ibu berkenaan berkongsi ke dalam satu grup di alam Facebook Kaki Deko Bajet.
Perkongsian itu mendapat perhatian ibu bapa lain yang mana ada yang sudah mempraktiskannya serta ada juga yang akui tidak sesuai dengan anaknya yang akan membuat susunan itu menjadi lebih berselerak.
Bagi Mami Piqah tak salah mencuba apa jua cara sekalipun asalkan ia memudahkan ibu dan anak untuk menguruskannya nanti.
Apa-apa pun, Mami Piqah ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah, bukan sahaja untuk pelajar darjah satu tetapi untuk semua pelajar pada 21 Mac ini.