Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#MamiPiqahCorner: Dari Demam Boleh Sawan, Doktor Ini Kongsi Cara Jerlum Anak Yang Betul

Syafiqah Jalal
15/10/2022 11:41 MYT
Demam adalah satu penyakit yang tidak mudah dielak terutama musim pelbagai virus yang datang akhir-akhir ini.

Namun apa yang sering membimbangkan ibu bapa apabila anak kecil mereka demam dan ia sukar untuk kebah.

Mami Piqah faham hati ibu bapa mana yang tak resah bila dapat tahu anak demam kerana ia bakal menjadi punca pelbagai penyakit.

Selain ubat, ibu bapa pasti mencuba pelbagai cara bagi menurunkan suhu badan anak antaranya jerlum dengan air di kepala dan badan.

Bagaimanapun seorang doktor yang dikenali sebagai Redza Zainol mendedahkan teknik jerlum ini perlu dilakukan dengan cara yang betul.

Jika salah cara jerlum itu bakal mengakibatkan suhu badan anak semakin meningkat sekaligus menjadi sawan.

Menerusi akaun Instagram miliknya Dr Redza kongsikan 8 langkah betul untuk jerlum anak dengan air ketika demam.

Antara langkap penting yang mungkin ibu bapa terlepas pandang adalah guna air bersuhu bilik bukan air sejuk kerana menurut doktor itu ia akan meningkatkan suhu badan lagi.

“Kalau guna air sejuk suhu luaran anak memang boleh turun tapi ia tak kurangkan suhu dalaman,” katanya.

Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan suhu melambung tinggi sekaligus akan menyebabkan sawan.


“Disebabkan perubahan suhu luaran badan, otak mula hantar signal ke otot. Budak itu akan mula menggigil dan ia akan menghasilkan lebih banyak haba.

“Suhu badan anak yang melambung tinggi boleh menyebabkan sawan,” tulisnya.

Pun begitu, doktor itu memberitahu ia hanya salah satu cara yang ibu bapa boleh bantu turunkan suhu badan bila di rumah.

Ikuti langkap lengkap doktor ini di IG link di bawah:

A post shared by Redza Zainol (@drredzazainol)

#Anak #Doktor #Demam #Sawan #Jerlum #MamiPiqahCorner
;