Laman Utama
#MamiPiqahCorner: Ibu Dakwa Anak Dipukul Guru Hingga Hancur Pembaris Panjang, Netizen Kecam Cikgu Pula…Apa Cerita Sebenarnya?
Mami Piqah sedar isu denda anak murid berbentuk fizikal ini sudah lama berulang saban tahun, tapi penerimaan ibu bapa berbeza-beza mengikut peredaran zaman.
Dahulu, ibu bapa lebih suka apabila anaknya didenda mengikut kesalahan oleh guru kerana mengganggap guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah dan menyerahkan semuanya pada pihak sekolah.
Namun tahun demi tahun, Mami Piqah lihat zaman sekarang bila anak murid didenda oleh guru seperti berdiri atas kerusi atau dipukul di tapak tangan dan sebagainya ia merupakan satu perkara yang sukar diterima oleh ibu bapa kini kerana menganggap keterlaluan.
Malah ada ibu bapa yang mengambil tindakan menyaman guru atau pihak sekolah hanya kerana denda yang ringan itu.
Bagaimana pun, lain pula cerita yang baru sahaja tular semalam. Seorang ibu mendakwa anaknya telah didenda atau dipukul oleh guru sehingga berbirat bahagian lengannya kebiruan serta luka di jari dan kepala.
Menerusi perkongsian Ibu tersebut di laman Facebook, dia mendakawa anaknya mengadu guru terbabit memukulnya hanya kerana tidak menyiapkan 2 soalan kerja sekolah yang diberikan.
Tanpa berlengah, ibu dan bapanya terus membuat laporan polis dan mengadukan perkara tersebut di balai polis.
Posting ibu tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen terutama golongan ibu bapa yang turut tidak boleh menerima apa yang berlaku kepada anaknya, malah mula mengecam guru.
Sahur❤️ Mama perati ja Danish makan sahur. Ayaq mata mama laju keluaq leleh pipi. ???Mama biaq Danish tahan sakit yang...Posted by Puan Eda Ni on Thursday, April 22, 2021
Malah ramai pula mengecam kerjaya seorang guru yang didakwa tidak professional dalam mengendali anak murid sehingga mengikut perasaan.
“Melampau sangat cara cikgu ni...sebab cikgu-cikgu yang macam ni la, semua cikgu lain kene tempias..memang patut pertahankan anak kita..” kata salah seorang netizen
Namun apakah cerita sebenar yang berlaku? Ibu tersebut menerusi posting terbaharunya pula memberitahu tindakan masih dalam siasatan dan tidak mahu netizen menyalahkan mana-mana pihak.
Dari apa yang ditulis itu, Mami Piqah dapat rasa ada sesuatu yang umum tidak tahu dan hanya ibu dan pihak sekolah sahaja tahu perkara sebenar.
Tapi jika benar apa yang diceritakan oleh ibunya, Mami Piqah turut bersimpati juga kerana apa yang berlaku agak menyedihkan siapa tak sayu tengok anak diperlaku begitu.
Namun harapnya ada penjelasan yang sebenar tentang apa yang berlaku supaya netizen tidak bertelagah serta menyalahkan mana-mana pihak.
NOTA: #MamiPiqahCorner merupakan pandangan peribadi penulis dalam membincangkan mengenai isu kekeluargaan serta permasalahan yang sering dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seiring dengan peredaran dan kemodenan semasa
Must-Watch Video