Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

#MamiPiqahCorner: “Kenapa Dah Bersalin Perut Tak Kempis?”- Mak Mertua Mulut Laser, Doctor Minta Jaga Hati Ibu Baru Bersalin, Perasaannya Senang Terguris!

Syafiqah Jalal 02/04/2021 | 09:30 MYT
Pertama sekali, Mami Piqah nak ucapkah tahniah kepada ibu-ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata baru-baru ini termasuk selebriti Nad Zainal dan Eleena Sui.
Pasti gembira menyambut orang baru dalam keluarga meskipun ibu masih lagi belum sihat dari proses pemulihan selepas bersalin.
Cakap pasal ibu yang baru bersalin ni, Mami Piqah ada terbaca satu post Facebook Dr. Imelda yang pernah menjadi undangan dalam satu program Astro bertajuk Tanya Doktor Imelda sebelum ini.
Ceritanya, ada seorang ibu mertua ini datang melawat anak menantunya yang baru bersalin dan mempersoalkan perutnya yang masih belum kempis.
“Kenapa dah bersalin pun perut ni tak kempis-kempis?” tanyanya.
Sebagai doktor pakar sakit puan, Dr Imelda terus menjelaskan mengenai perasaan ibu yang baru bersalin lebih-lebih lagi sedang melalui kestabilan hormon kehamilan.
“Perempuan yang baru bersalin ni sensitif, sebab ada perubahan hormon. Hormon kehamilan yang dibuat oleh uri placenta ni dengan tiba-tiba tak ada lagi selepas uri placenta dikeluarkan,” jelasnya.
Malah katanya lagi perempuan yang baru melahirkan anak perasaanya senang terguris dan perlulah dijaga supaya hormonnya stabil.
“Perasaannya senang terguris. Low mood. Tiba-tiba rasa nak menangis tanpa sebab. Kalau ditegur, lagi lah dia rasa sedih,” tambahnya lagi
Betul juga tu, Mami Piqah setuju! Tak kan lah baru sehari bersalin perut terus kempis? Badan ibu tu pun perlu memalui fasa dan proses pemulihan selepas bersalin.
Ingat bersalin ni macam salin kulit kah? Tahu tak bila perempuan bersalin dia menggunakan seluruh tenaga di tubuhnya untuk mengeluarkan zuriatnya.
Jadi bila bercakap tu, tak kiralah ibu mertua atau kawan-kawan yang datang melawat ibu sedang berpantang tu, mulut jangan lah ringan sangat menegur perkara yang tak patut.
Bagi anda mungkin teguran biasa, tapi bagi ibu yang baru sahaja bertarung nyawa melahirkan anak ni, pasti amat sensitif jika fizikalnya diperkatakan.
Seelok-eloknya ucap tahniah dan beri kata-kata semangat kerana mereka baru sahaja berjaya melahirkan zuriat mereka walau cara apa sekalipun.
#MamiPiqahCorner merupakan pandangan peribadi penulis dalam membincangkan mengenai isu kekeluargaan serta permasalahan yang sering dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seiring dengan peredaran dan kemodenan semasa
#Bersalin #Berpantang #Perut #Meroyan #Mami Piqah Corner #Kempis #'Mami #Piqah
;