Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#MamiPiqahCorner : Nak Berkelah Bawa Anak-Anak Tapi Bimbang? Ibu Ini Kongsi Tips Untuk Bercuti Dengan Selamat

Syafiqah Jalal
14/09/2021 12:48 MYT
Kelonggaran untuk beriadah dan berkelah yang diberikan oleh kerajaan sedikit sebanyak melegakan rakyat yang sudah sekian lama ‘terkurung’ di dalam rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau Lockdown dilaksanakan.

Namun tempat rekreasi yang terhad telah membuatkan pengunjung tertumpu kepada lokasi yang sama sehingga baru-baru ini viral berlaku kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu di sebuah tempat perkelahan popular di Selangor.

Situasi ini amat membimbangkan kerana orang ramai bagai ‘terlupa’ sebentar bahawa kita masih berada dalam keadaan pandemik dan kes Covid-19 masih berada di dalam tahap yang tinggi.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pula pasti buntu bagaimana hendak membawa anak-anak keluar beriadah atau berkelah dengan selamat dalam keadaan pandemik.

Mami Piqah faham anak-anak pun mahu merasa udara luar kerana emosi dan mental mereka juga sudah lagi tidak tertanggung untuk berkurung.

Justeri, Mami Piqah kongsikan tips atau cara seorang ibu ini tentang bagaimana hendak menikmati kelonggaran yang diberikan dengan berhati-hati dan berpada-pada.

Seorang ibu dan personaliti televisyen, Finaz Yunus berkongsi 5 tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak keluar.

1) Tidak masuk ke Restoran yang sesak dengan orang ramai

2) Tidak berkelah di tepi pantai, padang atau air terjun yang penuh dengan orang ramai walau anda punya jarak 1-2 meter dengan keluarga lain di situ.

3) Pilih 'weekdays' untuk bercuti bersama keluarga.

4) Buat pencarian atau 'homework' lebih sikit dalam mencari tempat perkelahan yang tidak punyai ramai pengunjung.

Sejujurnya, masih banyak pantai,air terjun , taman yang cantik-cantik masih belum diterokai banyak orang.

5) Yang punya pendapatan lebih, pilihlah tempat yang perlu dibayar untuk anda dan keluarga beriadah.

Bukan sahaja anda dan keluarga selamat namun anda beri peluang mereka yang kurang berkemampuan untuk beriadah di taman-taman percuma.

Contoh : Di Ulu Yam terdapat lokasi sungai yang perlu berbayar & percuma.

Saya sendiri pernah pergi yang berbayar, tidak mahal mana pun namun sungainya amatlah cantik & anak saya mandi sungai tanpa ragu-ragu berikutan sungai itu 'kami punya' pada jarak 100 meter dengan keluarga lain.

A post shared by Finaz Yunus (@finazyunus)

#Anak #Bercuti #Pantai #Sungai #COVID-19 #PKP #Berkelah
;