Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Nampak Ringan, Akibat Tak Jaga Tidur Anak Berisiko Penyakit Serius & Kemurungan

gempak
Syafiqah Jalal
28/07/2022
04:34 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Nampak Ringan, Akibat Tak Jaga Tidur Anak Berisiko Penyakit Serius & Kemurungan
Mami Piqah selalu dengar ibu bapa sering hadapi masalah apabila anak yang sukar untuk tidur terutama di waktu siang.
Mami Piqah faham bukan mudah untuk mengatur waktu tidur anak dan ada kalanya ibu bapa terus ambil ringan.
Lalu, seorang doktor pakar kanak-kank Dr. Redza Zainol tampil berkongsi tentang pentingnya menjaga tidur anak.
Malah, Dr. Redza memberitahu ramai ibu bapa menyesal apabila kerana tidak menjaga waktu tidur anak.
“Rugi sungguh bila mak ayah tak ambil berat mengenai tidur anak. Otak anak berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup dan berkualiti.
“Di Klinik Perkembangan Kanak-Kanak (Children Development Clinic), ramai mak ayah mengeluh dan mengadu pada saya yang mereka menyesal tak jaga masa dan kualiti tidur anak sejak kecil,” katanya.
Dr. Redza itu berkongsi di satu hantaran di akaun Twitter miliknya.
Justeru Dr. Redza berkongsi tempoh masa tidur anak mengikut umur yang dicadangkan oleh United Kingdom National Health Service (NHS).
Menariknya, Dr. Redza turut berkongsi tips supaya anak mudah tidur untuk dijadikan panduan.
#1 Suramkan atau tutup lampu dalam bilik tidur anak. Ia akan bantu bina hormon tidur iaitu melatonin. #2 Bila anak mula naik atas katil, boleh bacakan buku untuk anak atau anak baca buku sendiri dalam keadaan senyap. #3 Galakkan anak untuk berhenti guna gajet sejam sebelum waktu tidur. #4 Pengaliran udara dalam bilik anak mestilah dalam keadaan baik dan suhu bilik tak terlalu panas
Lebih membimbangkan, ibu bapa yang tak menjaga waktu tidur anak bakal berhadapan dengan risiko penyakit serius.
“Ada kajian dibuat, anak yang tak cukup tidur bukan saja bermasalah dari segi nak beri tumpuan semasa belajar, tapi mereka juga berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan.
“Nak jaga masa tidur anak ni percuma saja. Tak perlu keluar duit banyak-banyak untuk beli produk itu dan ini. Bantu saya #sebarkan, supaya lagi ramai mak ayah yang tahu,” nasihatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live