Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Pentingkah Duit Raya? Ini 7 Perkara Tentang Duit Raya Yang Perlu Diambil Kira!

gempak
Syafiqah Jalal
03/05/2022
12:47 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Pentingkah Duit Raya? Ini 7 Perkara Tentang Duit Raya Yang Perlu Diambil Kira!
Sejak dahulu lagi, setiap kali hari Aidilfitri orang Melayu telah dididik atau biasa dengan budaya duit raya.
Orang kata tak sah kalau Raya tak ada duit raya terutama buat anak-anak kecil. Namun sejauh manakah kita tahu kepentingan duit raya?
Sempena Syawal hari ini Mami Piqah nak sentuh mengenai isu duit raya. Bagi Mami Piqah duit raya itu tidak lah wajib atau penting di hari raya kerana yang sebenarnya di hari mulia ini kita mahu berjumpa dan bermaaf-maafan serta meraikan kejayaan kita setelah 30 hari berpuasa.
Mami Piqah juga tertarik dengan perkongsian seorang pengguna laman Facebook bernama Azizul Azli Ahmad yang berkongsi kepentingan duit raya ini.
Katanya lebih baik kita menukarkan konsep duit raya itu kepada niat bersedekah. Fokus sedekah pada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan orang tua, pelajar yang menuntut ilmu.
Selain itu, duit raya juga lebih baik diutamakan keluarga terdekat kita dulu, isteri anak anak dan ibu bapa tercinta.
Paling dekat isteri kita, dia tak pernah 'miss' bangun masak sahur, kejut semua, siapkan anak, mengaji sepanjang ramadan ini.
Lebihkan duit raya buat isteri tercinta, mereka lakukan sebab mereka sayangkan keluarga kita.
Berikut merupakan 7 kepentingan atau perkara tentang duit raya:
#1 Budaya Beri Duit Raya Ia bukan berasal dari budaya masyarakat Melayu malah Islam sekalipun.
#2 Didik Anak Jangan didik anak meminta duit raya daripada orang, contoh “Nanti pergi rumah Mak Su minta duit raya ya”
#3 Budaya Beri Wang Raya Budaya beri wang raya ini sebenarnya memberi tekanan kepada orang yang susah. Mereka tiada wang jika kanak-kanak datang bertandang raya.
#4 Belajar Tolak Duit Raya Belajar tolak sumbangan duit raya ini dengan berhemah. Kita tak tahu kesusahan orang lain. Raya bukan sama kumpul duit.
#5 Jangan Buka Sampul Didik anak juga jangan buka sampul pemberian duit raya depan pemberi. Tak sopan malah mengecilkan hati si pemberi jika wang diberikan kecil.
#6 Jangan Tanya Duit Raya Anak Berhenti yanya anak banyak mana mereka dapat duit raya tahun ini. Mereka akan berlumba lumba pula nanti nak kumpul. Hidup bukan soal duit semata-mata.
#7 Derma Duit Raya Didik anak sumbangkan Kembali duit raya kepada yang memerlukan. Ingat raya kalini adalah perjumpaan keluarga yang tertangguh raya lalu. Jangan utamakan budaya duit raya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live