Laman Utama

#MamiPiqahCorner :“Rahim Tetap Mengecut Walaupun Tak Bertungku”- Doktor Ini Dedah Mitos & Fakta Berpantang

gempak
Syafiqah Jalal
07/09/2021
11:50 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner :“Rahim Tetap Mengecut Walaupun Tak Bertungku”- Doktor Ini Dedah Mitos & Fakta Berpantang
Isu berpantang selepas bersalin sering diperdebatkan oleh kaum ibu sejak dahulu lagi.
Malah berpantang ini menjadi satu perkara sensitif kaum ibu yang merasakan ia satu amalan yang perlu diikut kerana telah menjadi amalan turun temurun sejak dari zaman dahulu lagi.
Namun seiring dengan permodenan zaman terutama dalam bidang kesihatan, ramai juga sudah mula mempersoalkan beberapa perkara dalam berpantang.
Setahu Mami Piqah berpantang ini tujuannya adalah penjagaan pemulihan selepas bersalin untuk memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.
Seorang doktor pakar perbidanan, Dr. Maiza Tusimin berkongsi beberapa amalan yang selama ini kaum ibu fikir ia benar dari segi kesihatan. Berikut merupakan 10 mitos serta fakta dalam berpantang yang dikongsikan:
#1 Lima komponen utama pemulihan selepas bersalin : • Rehat yang mencukupi • Pemakanan seimbang • Penjagaan luka bersalin (C-sec atau faraj) • Penyusuan ibu • Sokongan mental & emosi
#2 Minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari (jika tiada penyakit yg perlu hadkan pengambilan air) untuk: • kekalkan hidrasi & suhu badan • kurangkan risiko darah beku (Pulmonari Embolism) • penghasilan susu yang banyak • mempercepatkan pemulihan
#3 Minum air banyak tidak menyebabkan urat kembang / faraj berair
#4 Sayur & buah pembekal serat yang tinggi & mengandungi banyak vitamin yang diperlukan untuk penyembuhan yang lebih cepat. Ia juga melawaskan pembuangan air besar.
#5 Sayur kangkung /petola/terung tidak 'sejuk' & tidak menyebabkan demam dalam pantang, kembang urat, atau sengal badan.
#6 Rahim kecut & kembali kepada bentuk asal selewat-lewatnya pada minggu kedua pantang dan tindakan hormon oksitosin yg dirembeskan ketika menyusukan bayi mempercepatkan proses ini.
#7 Walaupun tidak bertungku, rahim masih mampu mengecut & kembali kepada saiz asal kerana itu fisiologi tubuh yg normal.
#8 Ikan, ayam & telur adalah sumber protein yang baik & bertindak sebagai 'bahan asas' pembentukan tisu baru semasa proses pemulihan selepas bersalin.
#9 Penyediaan makanan pantang yang sihat adalah secara : • Panggang - ayam, ikan • Kukus - ikan • Mereneh - sup ayam, sup lobak putih • Goreng tanpa minyak / Air fryer
#10 Luka menjadi gatal atau bernanah bukan disebabkan makanan tetapi disebabkan oleh jangkitan kuman & ini memerlukan rawatan lanjut di klinik atau hospital.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024