Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Rumah Yang Kemas Tanda Anak Sakit & Ibunya ‘Singa’ Atau Sebenarnya Alasan Biar Rumah Bersepah?

gempak
Syafiqah Jalal
04/06/2022
12:58 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Rumah Yang Kemas Tanda Anak Sakit & Ibunya ‘Singa’ Atau Sebenarnya Alasan Biar Rumah Bersepah?
Baru-baru ini Mami Piqah perasan kecoh dengan satu kenyataan yang tular di media sosial yang mendakwa tentang tiga tanda rumah yang yang kelihatan kemas setiap masa.
Menurut kenyataan itu rumah yang sentiasa kemas itu menandakan anaknya sakit, atau ibu kepada anaknya itu mesti seorang yang garang seperti singa ataupun tuan rumah itu tiada anak lagi.
Dalam kenyataan itu, wakil ibu berkenaan meminta supaya jangan mempersoalkan mengapa rumah yang mempunyai anak kecil itu bersepah dan kotor.
Ini kerana mereka sudah cuba mengemasnya namun tidak lama kemudian ia kembali berselerak dengan mainan dan barang-barang bersepah.
“Rumah yang 24 jam kemas tandanya; 1. Anaknya sakit ;2. Ibu kelihatan seperti singa ;3. Belum ada anak lagi.
“Jika anda pergi ke rumah seseorang yang mempunyai anak kecil...Rumah bersepah...selimut berselerak..Mainan berselerak...Lantai rumah berpasir dan sebagainya...
“Pliiiss... Jangan tanya walaupun dalam hati...’Mak dia buat apa tu’.
“Korang pernah tengok tak? 5 minit selepas mengemas, akan disepahkan semula..Setengah jam selepas disapu, kaki yang keluar akan membawa pasir lagi.
“Rak pinggan, tong sampah pun boleh jadi sasaran. Apa2 yg boleh hampir semua akan disepahkan ...Mesti dilakukan oleh kanak-kanak kecil..,” tulisnya.
Tambahnya lagi, apa yang dilakukan oleh anak-anak itu menggamit memori zaman kanak-kanak mereka.
“Sebenarnya kanak-kanak ini menggamit memori zaman kanak-kanak kita... Rumah yang sentiasa berselerak oleh anak.
“Itu petanda ayah ibunya baik dan istimewa.Biar anak kreatif mengikut bakatnya, sebab masa tu kita akan rindu bila dah besar nanti,” katanya lagi.
Posting itu yang dikongsi semula ke laman Facebook ‘Jalan Jalan Cari Makan Di Kedah’ telah mendapat pelbagai reaksi warga maya.
Ada yang bersetuju dan tak kurang juga yang menafikan kenyataan itu. Pada mereka kekemasan dan kebersihan adalah sifat seseorang atau ibu itu dan bukan menjadikan sebagai anak alasan.
“Mak yang pemalas semak rumah dari ruang tamu sampai dapur,” komen salah seorang warga net.
“Kalau yang jenis kaki sepah..sepah juga..yang jenis penggemas tetap kemas even anak dia ramai pon..terdidik dari kecil untuk kemas sampai bebila dia terdidik gitu..jadi tak payah nak cakap mak singa ker...anak sakit ker..,” tegas salah seorang netizen.
Kesimpulannya, pada Mami Piqah terpulanglah pada ibu bapa masing-masing dalam melentur anaknya untuk menjadi apa yang mereka mahu kerana masing-masing ada hak terhadap keluarga mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024