Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#MamiPiqahCorner: Tular Pelajar Bawa Mangkuk Tingkat Ke Sekolah…Ibu Dipuji, Tapi Ada Pula Yang Kecam…Patutkah?

Syafiqah Jalal
05/03/2021 10:07 MYT
NOTA: #MamiPiqahCorner merupakan pandangan peribadi penulis dalam membincangkan mengenai isu kekeluargaan serta permasalahan yang sering dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seiring dengan peredaran dan kemodenan semasa
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesi persekolahan tahun 2021 baru sahaja bermula pada Isnin lalu selepas pandemik Covid-19 melanda sejak tahun lalu.

Pelbagai ragam anak-anak terutama pelajar darjah 1 yang pertama kali ke sekolah kebangsaan dirakamkan. Ada yang masih tidak biasa dengan suasanan yang baru dan ada juga yang teruja!

Namun apa yang menarik perhatian Mami Piqah adalah foto seorang pelajar bersama dengan bekal berupa mangkuk tingkat yang dibawa ke sekolah.

Di dalam foto tersebut pelajar perempuan itu sedang makan lauk masakan ibunya ketika waktu rehat di dalam kelas serentak dengan pelajar lain.

Yelah, mengikut prosedur operasi standard (SOP) sekarang, pelajar hanya dibenarkan di makan di dalam kelas. Tidak kiralah makanan itu di bawa dari rumah atau beli di kantin.

Berbalik kepada foto berkenaan, ia tular kerana bekal yang dibawanya unik dan mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Rata-rata memuji kesungguhan dan kerajinan ibunya yang menyediakan bekal untuk anaknya lengkap di awal pagi untuk mengisi perut anaknya di sekolah.

Malah tidak kurang yang memuji pelajar tersebut kerana tidak malu dan bangga membawa bekalan berupa mangkuk tingkat meskipun ia bakal menarik perhatian rakan-rakannya.

Pun begitu, apa yang Mami Piqah tak faham… Disebalik pujian itu, ada pula yang memberi komen negatif kepada ibu pelajar tersebut.

Seorang netizen telah mengecam ibu pelajar tersebut kerana mendakwa sengaja meraih perhatian. Malah warga net tersebut merasakan mangkuk tingkat tersebut bakal menyusahkan anaknya dan guru di sekolah untuk diurusakan.

“Yang saya nampak, mak ni spesies lapar perhatian. Kesian anak ni, kerana bekas bekal itu menyusahkan,” kata individu tersebut.

Mami Piqah tak boleh brain dengan komen netizen ni, langsung tak menjaga hati si ibu dan terlalu berfikiran negatif

Ibu kepada pelajar tersebut iaitu Hasimah Abdullah pula menerusi laman Facebook turut tampil memberi respon ke atas komen tersebut.

“Saya bukan artis, bukan sesiapa untuk dapatkan perhatian, saya cuma seorang ibu, isteri, suri rumah yang jalankan rutin harian seperti mak-mak yang lain,” jawabnya dengan rendah diri.

Bagini lah, Mami Piqah rasa semua ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan tidak salah berlebihan asalkan ibu dan anak tahu ia tidak menyusahkan mereka.

Cakap pasal isu bekal ni, Mami Piqah cukup suka melihat usaha ibu-ibu tidak kiralah yang suri rumah mahu pun yang bekerja. Semuanya cuba untuk menyediakan makanan yang terbaik dari air tangan mereka sendiri.

Nak tahu tak kelebihan membawa bekal kepada anak-anak makanan dari rumah? Ia dapat menghindarkan anak-anak dari keracunan makanan dan kita juga tidak bimbang untuk membiarkan anak membeli makanan sendiri di kantin sekolah.

Zaman sekarang pun, Mami Piqah lihat ramai ibu-ibu yang kreatif siap bawakan bento yang comel-comel untuk menarik perhatian anak untuk makan di sekolah.

Apa-apa pun Mami Piqah nak ucapkan selamat maju jaya juga kepada ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan yang terbaik buat anak-anak ke sekolah tahun ini!

Kredit: Facebook Hasimah Abdullah
#sekolah #Ibu #Kecam #Pelajar #Bento #Mami Piqah Corner #Bekal
;