Isu perbandingan cara proses atau kaedah bersalin setiap ibu ni bukan lah baru tapi sudah dipersoalkan dari dulu hingga sekarang.

Mami Piqah kadang-kadang tak faham mengapa proses bersalin itu menentukan siapa ibu paling hebat?

Zaman dahulu mungkin kaedah pembedahan atau lebih dikenali ibu-ibu sekarang dengan panggilan ‘C-zer’ ini sangat jarang didengar kerana rata-rata melahirkan anak mereka di rumah.

Namun kini perubatan semakin canggih dan kaedah ini membantu ibu-ibu yang tidak mampu atau mempunyai risiko untuk melahirkan anak secara normal.

Bagaimana pun kaedah bersalin secara pembedahan ini sering dipandang serong oleh wanita di luar sana dan menganggap ibu tersebut lemah tidak dapat melahirkan secara semula jadi. Lebih teruk lagi, mereka digelar ibu yang cacat!

Mami Piqah nak tanya, siapa kamu yang boleh menentukan takdir ibu-ibu ini? Jika Tuhan dah tentukan cara bersalin mereka begitu kenapa kita nak persoalkan?

Apa yang penting sekali ibu dan anak itu selamat dan dilahirkan dengan sihat serta tiada komplikasi yang membahayakan.

Jaga lah perasaan dan hati ibu lain, mereka juga pasti kecewa kerana tidak dapat bersalin secara normal dan semula jadi seperti yang diinginkan.

Bila tengah down, datang pula kata-kata ibu bersalin c-zer tak layak digelar ibu…makin lah hati mereka remuk.
Lebih—lebih lagi mereka masih dalam proses berpantang, tak ke meroyan pula ibu tu?

Jadi kesimpulannya, Mami Piqah nak semua ibu-ibu dan orang di luar sana buka sedikit minda tu… Semua wanita layak digelar ibu meskipun mereka tidak melahirkan seorang anak sekalipun kerana naluri keibuan mereka itu tetap ada.

NOTA: #MamiPiqahCorner merupakan pandangan peribadi penulis dalam membincangkan mengenai isu kekeluargaan serta permasalahan yang sering dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seiring dengan peredaran dan kemodenan semasa