Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Mampu Hasilkan Lukisan, KATE Tokyo Muncul Dengan Super Sharp Line EX 2.0

Zulaikha Yusof 03/10/2019 | 03:20 MYT
KATE Tokyo merupakan jenama solekan nombor satu di Jepun berdasarkan kuantiti jualan selama 17 tahun berturut-turut sejak tahun 2002.
Baru-baru ini, KATE Tokyo telah berkolaborasi dengan Gempak bersama Thinker Studios sempena pelancaran produk 'eyeliner' terbaru.
Pelancaran KATE Super Sharp Liner EX 2.0 telah berlangsung di One Utama pada 28 September lalu.
Turut sama hadir memeriahkan sesi beramah mesra adalah daripada ahli Thinker Studios yang terdiri daripada Adly Syairi, Yaya Zahir, Nia Atasha, Mohd Benyamin, Haiqal dan ramai lagi.
Mereka juga turut sama mempamerkan kehebatan masing-masing dalam menghasilkan lukisan dengan menggunakan 'eyeliner'.
Hasil undian paling tinggi daripada pengunjung telah memenangi produk Kate Tokyo serta 'tumbler' Starbucks.
Untuk edisi kali ini, KATE bekerjasama dengan tiga orang seniman tempatan untuk mencipta penafsiran mereka sendiri mengenai potret seni baris mengikut gaya mereka sendiri dengan menggunakan satu alat yang unik, KATE Super Sharp Liner EX 2.0.
Sama seperti setiap lukisan dan solek, secawan kopi yang sempurna juga merupakan seni.
KATE bersama Starbucks telah membina sebuah kafe pop, di mana semua orang dapat menikmati secawan kopi sambil menikmati potret yang unik dengan mencuba makeup KATE.
Untuk mengetahui info dengan lebih lanjut, boleh layari web rasmi KATE Tokyo, katesupersharp.com.
#Kate Tokyo #Super Sharp Line EX 2.0
;