Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod ketujuh iaitu Husin Kembali Bersama Zombi Part 2 pada minggu hadapan.

Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan Datuk Awie yang sinomin dengan watak Husin di dalam filem-filem Kampong Pisang terdahulu.

Pada episod minggu lalu, penduduk Kampong Pisang gusar apabila diserang zombi. Husin dan penduduk kampung berkerjasama cuba menyelesaikan masalah ini.

Adakah mereka akan berjaya? Apakah punca permasalahan ini dan siapakah dalangnya? Episod kedua ini akan merungkai segala misteri.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).