Apple secara rasminya melancarkan model terbaru mereka iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max pada Rabu lalu.

Disebabkan iPhone 11 Pro dan Max menawarkan fungsi yang lebih hebat, rata-rata pembeli lebih memberi perhatian terhadap model berkenaan.

Namun, apa yang menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna adalah harga yang dijual oleh pihak Apple.

Model iPhone 11 dijangka dijual bermula RM3,399 manakala iPhone 11 Pro RM4,899 dan iPhone 11 Pro Max RM5,299.

Adakah anda mampu untuk memilikinya?

Menerusi laporan dikeluarkan syarikat e-commerce Picodi, Malaysia berada di kedudukan ke-9 sebagai negara dengan jumlah pendapatan pekerja paling rendah untuk mendapatkan model iPhone.

Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia antara yang kurang berkemampuan dan memerlukan lebih masa untuk mendapatkan model terbaru keluaran Apple itu.

Berdasarkan maklumat didedahkan, pekerja di Malaysia perlu mengambil tempoh 30 hari untuk membeli model iPhone terbaru.

Ini kerana purata gaji pekerja di Malaysia hanya sekitar RM3,421, sekali gus menyukarkan mereka untuk membeli peranti itu dalam tempoh terdekat.

Sebagai perbandingan, majoriti penduduk di Singapura hanya memerlukan lapan hari saja untuk mendapatkan jumlah tersebut.

Negara Mexico, Montenegro dan Rusia pula berada di kedudukan tertinggi sebagai pekerja yang memerlukan masa untuk membeli iPhone iaitu hampir dua bulan.

Negara yang paling cepat pula adalah Switzerland dan Amerika Syarikat iaitu kurang dari enam hari.

Anda boleh lihat jumlah senarai penuh di bawah: