Pelakon Korea terkenal Gong Yoo dikatakan bakal berkahwin dengan aktres filem Train To Busan, Jung Yoo Mi tidak lama lagi.

Dakwaan itu timbul selepas satu entri yang di muat naik di internet mendapat perhatian pengguna laman sosial.

“Gong Yoo bakal berkahwin tidak lama lagi. Dia telah membuat tempahan di Hotel Shilla semalam dan salah seorang pekerja hotel tersebut yang mendedahkan maklumat berkenaan.

“Gong Yoo bakal berkahwin dengan aktres Jung Yoo Mi,”

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh agensi kedua-dua pelakon tersebut, Soop Entertainment menerusi satu kenyatan hari ini.

“Kami membuat kenyataan ini berdasarkan spekulasi berkenaan dengan perkahwinan Gong Yoo dan Jung Yoo Mo yang kini menjadi bualan hangat di media sosial.

“Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu tersebut.

“Ditegaskan sekali lagi, berita itu tidak benar dan Gong Yoo telah menganggap Yoo Mi sebagai adik sendiri,” jelas wakil syarikat itu.

Selain Train To Busan, Gong Yoo dan Yoo Mi sebelum ini pernah bergandingan dalam filem Silenced.

Sumber: Soompi