Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Mana Ada Potong Usus, Usaha Sendiri”- Bukan Senang Nak Kurus, Osama Yamani Ambil Masa Dua Tahun Turun 20 Kg

Mya Amri 26/04/2022 | 12:32 MYT
Penyanyi baharu, Osama Yamani mengakui bukan senang untuk menurunkan berat badannya yang memakan masa hampir dua tahun.

Menurut Osama, penurunan berat badannya itu adalah secara normal dan bukan dengan cara memotong usus atau pembedahan bariatrik semata-mata untuk mendapatkan berat badan ideal.

“Saya rasa kelakar dan hanya ketawa apabila ada yang bertanya potong usus ke? Ini kerana saya tahu ia tidak benar, lagipun ia memakan kos yang tinggi.

“Mana ada potong usus, saya usaha sendiri. Penurunan berat badan saya ini secara neutral dan tidak menggunakan sebarang jalan pintas.

“Banyak aspek yang perlu difikirkan, apatah lagi saya masih muda dan memerlukan jumlah wang yang tinggi untuk memotong usus.

“Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak lebih 20 kilogram dalam tempoh hampir dua tahun,” katanya kepada Gempak.

Tambah Osama lagi, dia mendapat kesedaran itu selepas melihat fizikalnya ketika menyertai program nyanyian Big Stage.

“Saya pernah mencecah sehingga 112 kilogram dan kini berat sebanyak 75 kilogram. Setelah keluar daripada program Big Stage, saya terus mendapat kesedaran untuk menjaga makan dan bersenam.

“Sebagai manusia, kita suka melihat benda yang cantik dan ‘presentable’. Jadi sekiranya saya hendak berkecimpung dalam bidang seni secara aktif, pendekatan untuk menguruskan badan itu perlu,” jelasnya.

Untuk info, Osama juga juga merupakan anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah.

#Kurus #Berat Badan #Osama Yamani
;