“Mana Ada Susu Wey Bapak Punya…”- Netizen Terhibur Lihat Syeriv 'Minum Susu' Shaheizy Sam... Lawak!

Syafiqah Jalal
Julai 9, 2019 05:27 MYT
Video anak kepada pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy yang menyusu dari badan bapanya mendapat perhatian netizen.
Rata-rata terhibur dengan gelagat Syeriv dalam video yang dimuat naik ke akaun Instagram Syeriv.
Video yang dirakam oleh Syatila itu menunjukkan Syeriv dipercayai sedang mengajuk adiknya, Sarima Samheizy menghisap susu ibunya.
“Hampa tengok sat… Apa kita buat semua dia nak buat… Minum susu dia kata! #tolongjangankecamsibapak #bapaktakmintakjadimacamtu #uselessnipples,” tulis kapsyen dalam entri tersebut.
Pengikut Instagram tersebut terhibur dan menyifatkan sikap Syeriv yang kelakar itu tak ubah seperti ibu dan bapanya.
“Mana ada susu wey bapak punya kalau ada pun mesti masam,” tulis salah seorang netizen.
“Syeriv ni aku perasan satu je. nakal dia lain macam, macam budak besar dah,” kata pengikutnya yang terhibur
“Ni dah besar nakal sama macam mak dia habis lah,” seloroh salah seorang netizen
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
#Anak #Shaheizy Sam #Syatila Melvin #Susu #Syeriv