Usia hampir seabad tidak menghalang Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memandu bersendirian bagi memantau keadaan jalan raya sekitar ibu negara pagi semalam.

Menerusi perkongsian di Twitter oleh seorang blogger Firdaus Abdullah, Tun M dilihat memandu kereta Proton seperti logo yang tertera di stereng kenderaan tersebut di sekitar Kuala Lumpur.

"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri memantau perkembangan terkini sekitar Kuala Lumpur.

“Ada yang bertanya di mana Dr Mahathir mendapat tenaga yang melimpah pada umur 93 tahun. Semoga Allah selalu melindungi negarawan ini,” tulisnya.


Pemanduan Tun M ditemani oleh radio Klasik FM berdasarkan frekuensi yang tertera pada paparan skrin 87.7.

Perkongsian video yang sedang tular itu mendapat reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya kagum dengan keringat Tun M.

"Tak ada polis escort pun. Legendary!" puji salah seorang pelayar di media sosial.

"Founder of Proton drives a Proton while others take pride in foreign cars. Steady Tun M," tambah pengguna lain.

Namun, ada segelintir netizen yang risaukan kesihatan Tun M dan menasihatkan beliau untuk lebihkan rehat.


Sehingga kini, video itu telah mendapat lebih 10,000 ulang siar (retweet) dan 16,000 likes.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Tun M memandu kereta sendiri.

Beliau dilaporkan memandu sendiri Proton Perdana miliknya ke Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Ahad lalu, Tun M menghabiskan masa selama 45 minit memandu kereta dari rumahnya ke pusat membeli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam perjalanannya itu, beliau ditemani oleh dua pembantu peribadinya.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter