Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) dan anaknya Cik B mencuri perhatian wargamaya apabila tampil sebagai penghias muka hadapan majalah Nona.

Menerusi laman sosial Instagram, DSV memuat naik foto muka depan edisi Mac 2020 tersebut untuk tatapan umum.

“Hambekkkkk mana mak cik bawang yang selalu dok kutuk @cikb_havoc66. Tengok gambar ni meroyan ke? Bernanah?

“Cik B cantik wey, sila hadam ye. Ko mampu? Cik B dah improve banyak berkat sokongan semua,” tulis DSV menerusi ruangan kapsyen.

HAMBEKKKKK.. MANA MAK CIK BAWANG.. SELALU DOK KUTUK @cikb_havoc66 . TENGOK GAMBAR NI.. MEROYAN KE? BERNANAH..? . CIK B CANTIK WEYYYY.. SiLA HADAM ye.. . KO MAMPU..? ??? . ?? CIK B DAH IMPROVE BANYAK.. Berkat sokongan semua.. Dari sangat pemalu.. tak yakin diri.. . HASIL AIR TANGAN CIK B. BUAT MAKANAN INSPIRASI KOREA.. SALMON CRUMBSO.. . DAH MAKAN CRUMBSO? SUKA MAKAN TAK? @cikb_bobalova . TQ @majalahnona pilih CIK B & saya jadi cover.. .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Menerusi foto tersebut, Cik B mengenakan gaun mewah bewarna perak dan rambutnya dibiarkan jatuh melepasi bahu.

Wajah Cik B turut jelita hasil solekan ‘smokey’ dan manis berlipstik merah jambu.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya terpaku melihat penampilan Cik B dan memujinya.

“Terbaik Cik B! Salute dgn Cik B. Makcik bawang yang duk kutuk tu ada apa?” tanya seorang wargamaya.

“Wow untuk pertama kalinya Cik B tunjuk pada dunia kecantikkan yang lahir dari ibunya. You kill it girl!” puji seroang wargamaya.

“Cik B cantik dengan cara tersendiri. Siapa yang kutuk-kutuk sebelum ni, nahh! Kau ada ke apa yang Cik B ada?” kata seorang wargamaya.

“Sila hadam bawang-bawang sekalian! Siapa kata Cik B tak cantik. MELETOP kau pom pom pom!” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian DSV tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada wargamaya.