Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

“Mana Makcik Kiah, Aku Nak Ajak Dia Kahwin” - Nama Jadi Sebutan Perdana Menteri, Makcik Kiah Trending Di Twitter!

Azwa Rahman 27/03/2020 | 12:22 MYT
Nama Makcik Kiah menjadi tular di laman sosial selepas disebut oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam ucapan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat beliau sebentar tadi.
Menerusi laman sosial Twitter, nama Makcik Kiah menjadi trending ‘worldwide’ selepas Muhyiddin memgumumkan bantuan dan memberikan contoh yang akan diterima olehnya.
“Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.
“Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500 dan bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM3400.
“Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.
“Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.
“Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
“Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.
“Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat,” kata Muhyiddin di dalam ucapannya.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, wargamaya terhibur dengan nama Makcik Kiah yang diberikan dan memuji tindakan Muhyiddin kerana memberikan contoh yang senang difahami.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang baru diumumkan sebentar tadi, sebanyak RM250 bilion diperuntukkan untuk menangani impak pandemik Covid-19.
#Prihatin #Rakyat #Muhyiddin Yassin #Makcik Kiah
;