Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan menafikan dia berlaku curang dengan isterinya Hana Azraa.

Perkara itu ekoran tindakan Hana yang mendedahkan mereka kini sudah membawa haluan masing-masing dalam ruangan Instagram Stories semalam.

BACA: "Kami Dah Bawa Haluan Masing-Masing" - Isteri Komen Status Perkahwinan Dengan PU Abu

Jelas Abu, hubungan rumah tangganya bersama Hana tiada masalah dan mereka masih suami isteri

"Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.

"Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu, pada April tahun lalu Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika bekas isteri, Ain Afini sarat hamil.

Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua.

Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar yang lahir pada 7 Jun tahun lalu.

Manakala, Hana pula baru bersalin pada 1 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro