“Mana Mungkin Kami Teruskan Jika…” - Didakwa Tiru Nama & Logo Jenama Lokal, Sharifah Rose Akhirnya Bersuara!
20/02/2022 08:20 MYT
Pelakon baru dan pempengaruh Sharifah Rose mencetuskan kekecohan sejak semalam apabila perniagaan barunya didakwa meniru nama dan reka bentuk sebuah jenama tempatan, Sekuntom.
Menerusi laman sosial Twitter, pemilik jenama tersebut @ladsheer mendedahkan perkara tersebut beserta dengan foto perbandingan perniagaannya dengan jenama milik Rose, Sekuntum.
Terbaru, Rose menerusi satu posting di Instagram akhirnya bersuara memberikan penjelasan mengenai kontroversi berkenaan.
Menurut Rose, sebagai 'newcomer’ dia akui banyak benda yang perlu dipelajari dan dia sentiasa memperbaiki kekurangan diri.
“Salam Semua, Rose ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan yang diberikan ke atas isu yang sedang hangat diperbualkan.
“Sejujurnya, as a newcomer to the business world, banyak lagi yang Rose perlu belajar dan Rose terima semua pandangan dan kritikan dengan hati yang terbuka.
“InsyaAllah, Rose akan sentiasa memperbaiki kekurangan diri untuk terus berjaya.Pada awal mula pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan.
“Cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di IG.
“Juga, perkataan ‘sekuntum' ini sangat dekat di hati Rose kerana ia adalah panggilan keluarga untuk Rose sejak kecil lagi,” katanya.
Jelasnya, dia memutuskan untuk mendaftar nama Sekuntum kerana ia tidak terhad kepada bunga ros saja.
“Pada awalnya, team Rose ada memberi cadangan untuk menamakan brand ini sebagai ‘Sekuntum Rose’.
“Tetapi saya menolak kerana tidak mahu ianya hanya tentang diri saya. It’s about all flowers, shapes, colors and sizes.
“Banyak aspek perniagaan yang perlu dipertimbangkan memandangkan segala persediaan sudah dilaksanakan. Buat masa ini, sekali lagi, dengan rasa rendah diri, ingin memohon maaf sekiranya Rose dianggap mencetuskan kekeliruan dan tentunya sebelum memulakan bisnes kajian telah dibuat oleh team saya.
“Checklist untuk mendaftar syarikat juga telah dibuat dan jujurnya kami telah pun mendaftar website syarikat www.sekuntum.com pada bulan september lalu.
“Mana mungkin kami akan teruskan proses ini jikalau benar tuduhan yang ditujukan kepada kami. Saya tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana mana pihak .
“Sejujurnya, Rose telah pun mengambil iktibar dari isu ini untuk dijadikan pengajaran buat diri dan perniagaan Rose. Dan saya terima segala feedback, baik atau buruk. Kerana dengan cara itu sahaja saya dapat belajar dan berkembang.
“Akhir sekali, Rose berharap agar kedua-dua pihak dapat berkembang mekar bersama.
“We have reached out to Macamilk and resolved it privately,” katanya.
Untuk rekod, pemilik syarikat yang didakwa menjadi mangsa meluahkan rasa kecewa kerana perniagaan yang dibina sejak tahun 2017 itu dibina dengan hasil titik peluh dan kini mempunyai hampir 10,000 pengikut.
“Sekuntom business saya develop dari 2017 rebranding pada tahun 2020.
“Bila teringat nak achieve 10K susah, dapat potential buyer pun susah. Artis baru introduce business sehari dah 1K followers,” ujarnya.