"Mana Nak Fikir Wife Sakit, Anak-Anak, Kerja Lagi..." - Sebaknya Luahan Hati Almy Nadia Buat Suami

Badrul Hashim
Oktober 2, 2020 07:45 MYT
Semalam pelakon Datuk Fizz Fairuz mengesahkan bahawa isterinya Datin Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang batu karang dalam hempedu selepas menderita sakit selama sebulan.
Baca: “Dia Sakit Sampai Berguling-Guling…”- Fizz Fairuz Sahkan Almy Nadia Terpaksa Lakukan Pembedahan Untuk…
Pada entri di Instagram Fizz Fairuz juga dia melahirkan rasa syukur kerana pembedahan yang dijalankan telah selesai.
"Alhamdulillah... Dah selesai... Terima kasih atas doa semua," tulis Fizz pada satu entri di Instagram miliknya semalam.
Sementara itu di Instagram milik Almy Nadia yang dimuat naik pada 2 Oktober, dia berkongsi sekeping gambar suaminya dan menulis satu luahan hati terhadap Fizz Fairuz.
"Semalam pertama kali tengok dia sedih masa kami nak masuk bilik OT, nampak ja dia kuat ,tapi dalam hati dia hanya Allah ja tahu.
"Mana nak fikir wife sakit, mana nak fikir anak-anak lagi, mana nak fikir kerja lagi, makan minum diri sendiri terabai sebab wife sakit," luah Almy.
Tambah Almy, suaminya itulah nyawanya dikala dia mengalami sakit pening, Fizz Fairuz sentiasa ada di sisi.
"Nampak dia garang, tapi sebenarnya hati dia lembut sangat. Sayang, mama minta maaf sebab mama banyak susahkan sayang, mama banyak sakit, mama susahkan sayang untuk jaga mama masa sakit. Maafkan mama sayang, mama love sayang dunia akhirat.
"Mama doakan sayang murah rezeki, panjang umur. Terima kasih sayang sebab ada dengan mama masa sakit, susah senang bersama, mama sangat-sangat bersyukur. Tiba-tiba menangis sebab pengorbanan sayang terlalu besar untuk mama dengan anak-anak dan sayang banyak berkorban untuk diri sendiri. Mama love sayang. Thank you, love Fizz Fairuz," luah Almy panjang lebar.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Pada Februari lalu, Almy mengalami keguguran selepas kandungannya selama 14 minggu dikatakan meninggal dunia ketika hamil.
Baca: "Papa Tak Nak Nangis Sebab Papa Kuat" - Fizz Fairuz Sebak, Almy Nadia Keguguran
#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Almy Nadia #Pengorbanan