Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi sepotong video meniru gaya penyanyi Hael Husaini menyanyikan lagu Jampi.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.

Dalam video itu, Rizalman membuat gaya rambut, memakai kaca mata gelap dan senyum seakan penyanyi popular itu sedang membuat persembahan.

Selain itu, Rizalman turut melakukan 'lip sync' dan bermain gitar.

"@dayangsayangkamu...Mana satu lani hang berkenan? Tomato ka Temikai?" seloroh Rizalman di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Rizalman terhibur dan memberi respon terhadap pertanyaan Rizalman kepada Dayang itu.

Tidak berdiam diri, Dayang turut meninggalkan komen berbentuk gurauan.

"Saya suka orange," responnya yang turut berseloroh.

@dayangsayangkamu ..... mana satu lani hang bekenan?? Tometo ka Temikai?

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Seperti diketahui ramai, Dayang dan Rizalman telah berkawan rapat sejak zaman awal kemunculan pelantun lagu Di Pintu Syurga itu.

Pada masa yang sama, Dayang juga berteman rapat dengan Hael, persahabatan mereka itu sering diusik peminat yang menyangka mereka menjalinkan hubungan istimewa.

Namun dua penyanyi berbakat ini tidak pernah tampil memberi sebarang kenyataan tentang perkara itu.