Mana Satu Pilihan Anda? City Vacation atau Beach Vacation?
Kamaruddin Razal
27/07/2019 20:39 MYT
27/07/2019 20:39 MYT
Melancong merupakan salah satu cara untuk anda melepaskan segala tekanan dan lari dari kesibukan kerja.
Selain itu, melancong juga boleh membuatkan anda meneroka potensi diri dan mencipta kenangan baru!
Pengalaman yang anda timba sepanjang melancong juga amat mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Kadangkala, ada antara kita berbelah bagi untuk memilih destinasi mana yang harus dikunjungi sebagai lokasi percutian.
Antara pilihan popular ramai adalah lokasi yang menawarkan 'city vacation' atau 'beach vacation'.
Jika anda seorang yang menggemari keseronokan mengembara ke bandar asing untuk melihat mercu tanda serta kepesatan pembangunan, anda pastinya memilih untuk merasai pengalaman 'city vacation'.
Antara destinasi yang menawarkan 'city vacation' adalah Singapura, Bangkok dan Jakarta.
Pastinya mereka yang menggemari 'city vacation' teruja untuk meneroka setiap inci jalanan bandar untuk melihat sendiri kepesatan pembangunan.
Ada juga antara mereka yang gemarkan 'city vacation' kerana mahu menghabiskan wang untuk membeli belah!
Bandar-bandar yang pesat membangun ini semestinya menyediakan banyak pusat membeli belah yang mempunyai banyak pilihan untuk pengunjung.
Ada pusat membeli belah yang menawarkan banyak produk dan barangan dengan harga borong dan murah...
Wujud juga banyak pusat membeli belah yang menyajikan pelbagai barangan serta produk jenama mewah yang harganya mampu mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.
Bagi anda yang gemar diulit bayu lautan, 'beach vacation' semestinya menjadi pilihan anda!
Destinasi menarik seperti Bali, Phuket dan Boracay menjadi pilihan untuk mereka yang mahu merasai sendiri suasana tenang.
Selain menikmati indahnya pemandangan, 'beach vacation' juga memberikan anda satu pengalaman baru yang dapat merehatkan minda jika anda mencuba aktiviti seperti berenang di pantai, snorkeling serta selam skuba.
Air laut nan biru serta pantai pasir yang putih pastinya memberikan satu memori manis untuk anda.
Jangan lupa untuk mencuba hasil makanan laut yang semestinya segar dan enak untuk dinikmati.
Jadi, di manakah destinasi pelancongan anda selepas ini? 'City vacation' atau 'beach vacation'?
Pilihan terletak di tangan anda, tepuk dada tanya selera!
Foto: Travel Triangle, Goway