Berita
“Mananya Dia Tak Bagi Hadiah, Jenuh Ooo Dia Pujuk Kami Mengandung...”- Nourul Depp
Penyanyi Nourul Depp gembira apabila suaminya Eric Daniel Depp memberikan hadiah sempena melahirkan anak mereka, Isabella pada 1 Mei lalu.
Menurut Nourul, suaminya orang yang paling bahagia saat diberitahu tentang kehamilannya kerana sudah lama mengimpikan cahaya mata baharu.
Malah, Nourul memberitahu suaminya yang memujuknya untuk hamil lagi.
“I must have done something good in my life until God sent me a great husband like you @yestowellness .
“I am totally grateful for what i have now and then. Alhamdulillah. Thank you my love.
“Mananya dia tak bagi hadiah. Jenuh oooo dia pujuk kami untuk mengandung lagi. Hari ini dan bulan nilah last year dia pujuk kami di singapore. Kuasa Allah. Alhamdulillah. .
“Kami hanya sebut satu ja “Insya-Allah Fatimah on the way”. Tak sangka Allah bagi,” tulisnya.
Penyanyi lagu Keliru itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata pengikutnya memuji tindakan suaminya yang dikatakan sangat sweet dan pandai menghargai isteri.
Anak keempat itu dilahirkan melalui proses pembedahan.
Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.