gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Yusuf Bahrin Anggap ‘Follow Unfollow’ Bukan Penentu Status Rumah Tangga - “Benda Ni Rare, Bila Orang Dapat Tahu…”
HIBURAN
Cik Pia, MSH Empire Resources Tuntut Permohonan Maaf, Hantar LOD RM1 Juta Kepada Nilam Ortiz & Azlan Komeng!
VIRAL
Barang Kemas Dicuri, Keselamatan Terganggu, Prince Syed Buat Laporan Polis - "Saman Menanti Juga!"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Manchester United Kalah, Haris Ismail Kecewa Penonton Buat Provokasi - “Kita Datang Rai Sukan Bukan Untuk…”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
29/05/2025
11:50 MYT
Sponsor Banner
Manchester United Kalah, Haris Ismail Kecewa Penonton Buat Provokasi - “Kita Datang Rai Sukan Bukan Untuk…”
Pendakwah dan pelakon, Haris Ismail meluahkan rasa kecewa apabila perlawanan Piala Cabaran Maybank diantara pasukan Manchester United dan Asean All Stars dicemari di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Haris mempersoalkan tindakan sesetengah individu yang membuat provokasi dan melemparkan kata-kata kesat pada perlawanan tersebut.
“Disebalik perasaan yang bercampur aduk adalah seorang manusia ini, tiba tiba buat provokasi tak tahu kenapa. Mungkin hanya gurauan tapi tak molek.
“Adab mendahului segala hal. Ada yang hampir bergaduh semalam, kata-kata kesat itu sudah lancar dibibir masing masing. Untuk ppa semua ini?
“Kita datang untuk meraikan sukan bukan perbalahan yang dicari. Tambah pula ada yang bawa anak-anak kecil semalam, sangatlah tak wajar,” tulis Haris kecewa.
Suami kepada selebriti, Neelofa itu hadir menonton perlawanan tersebut bersama ibunya.
Dalam perkongsian tersebut, Haris turut memuat naik rakaman video yang memaparkan dua individu membuat provokasi sambil dibalas dengan aksi negatif penonton lain.
Dalam aksi menghiburkan, gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United kempunan untuk meraih Piala Cabaran Maybank 2025 selepas dimalukan ASEAN All-Stars 0-1.
Kekalahan skuad bimbingan Ruben Amorim itu disaksikan 72,550 penyokong.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Bola
#Kecewa
#Provokasi
#Kalah
#Haris Ismail
#perlawanan
#Asean All Stars
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement