Kelab bola sepak liga perdana Inggeris, Manchester United mengucapkan selamat tinggal kepada pemain lagenda mereka, Wayne Rooney.

Penyerang Manchester United itu bakal kembali ke kelab lamanya, Everton.

Difahamkan, Rooney sudah menjalani ujian medikal di The Toffess, namun berapa bayaran diterimanya untuk perpindahan tersebut masih tidak diketahui.



Rooney pernah bersama Everton pada 1996 sehingga 2004 sebelum menyertai Manchester United pada musim panas 2004 dengan bayaran sebanyak 37 juta Euro.

Kegemilangan Rooney bersama Red Devils tidak dapat dinafikan sehingga digelar lagenda kerana dia tidak pernah menyumbang kurang dari 15 gol setiap musim.

Namanya juga tercatat sebagai penjaring gol terbanyak memecah rekod yang pernah disandang Sir Bobby Charlton apabila meledak gol ke-250 menentang bertemu Stoke City pada Januari 2017.