“Mancungnya Hidung Baby”- Peminat Teruja Lihat Wajah Comel Anak Kedua Harris Baba

Syafiqah Jalal
Oktober 2, 2018 09:55 MYT
Penyanyi Harris Baba berkongsi wajah penuh bayi keduanya, Muhammad Umar Baba yang baru dilahirkan pada 1 September lalu.
Penyanyi lagu Parah itu berkongsi foto Umar di akaun Instagram (IG) miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian daripada peminatnya yang rata-rata memuji wajah anaknya yang comel itu.
Tidak kurang juga berpendapat wajah anaknya mirip wajah penyanyi Katakan itu kerana berhidung mancung.
“Mancungnya hidung baby."
“Like father, like son."
“Muka macam Harris,” komen beberapa peminat.
Harris mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita dari Keningau, Sabah bernama Nik Naziha Zawawi, 22, pada Mei 2016.
Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aleena Ziya berusia setahun.
#Penyanyi #Harris Baba #Anak #Baby #Penyanyi