Mandikan Jenazah, Cuci & Jemur Baju Lepas Bunuh Isteri
Maliah Surip
13/09/2023 07:50 MYT
13/09/2023 07:50 MYT
Seorang suami sempat memandikan jenazah isterinya selepas dia membunuh wanita tersebut baru-baru ini.
Insiden tersebut disifatkan sadis kerana lelaki yang dikenali sebagai Nando, 25, membunuh isteri, Mega Suryani Dewi (24), dengan cara mengelar lehernya di hadapan anak mereka di sebuah rumah sewa di di Cikarang Barat, Kabupaten Bekasi, Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, bukan hanya memandikan jenazah, Nando yang kini sudah ditangkap polis juga sempat membasuh lalu menjemur baju yang dipakai isterinya sehingga bersih.
Selepas membersihkan pakaian dan memandikan jenazah, mayat wanita malang ini dibaringkan di atas katil tanpa pakaian namun ditutupi sehelai kain.
Tertuduh kemudian pulang ke rumah ibu dan bapanya sebelum menceritakan perbuatan yang telah dilakukan terhadap isteri.
Mayat Mega pula ditemui oleh ibunya sendiri selepas datang ke rumah sewa tersebut.
Nando mengaku membunuh isterinya kerana sakit hati sering bergaduh dan dimaki hamun oleh wanita tersebut. Mereka juga sering bertengkar mengenai masalah kewangan.
Pada hari pembunuhan terjadi, tertuduh dan mangsa sempat bergaduh mulut sebelum berakhir dengan insiden pembunuhan.