Mandy Moore Belajar Jadi Ibu Daripada Pengalaman Bela Kucing
Maliah Surip
22/07/2023 13:24 MYT
22/07/2023 13:24 MYT
Aktres Mandy Moore dan suami, Taylor Goldsmith kini sudah mempunyai dua orang anak lelaki.
Namun sebelum memiliki anak, pasangan ini sudah terlebih dahulu bergelar ‘ibu bapa’ kepada beberapa ekor kucing.
Dan mereka menjadikan pengalaman memelihara kucing sebagai persediaan sebelum mempunyai lalu membesarkan anak-anak mereka.
Moore dan Goldsmith mempunyai dua anak iaitu Gus, 2, dan Ozzie, sembilan bulan.
Mereka juga masih menjaga tiga kucing yang diberi nama Peanut, Fig, dan Olivia.
“Kami mempunyai tiga ekor kucing sebelum benar-benar menjadi ibu bapa.
“Ketiga-tiganya memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan kami.
“Mereka telah mempersiapkan kami untuk menjadi ibu dan bapa sebenar dengan menjadi orang yang lebih bertanggungjawab,” ujar pasangan itu seperti dilaporkan People.
Tambah Moore, menjaga kucing juga mengajar dirinya untuk lebih bersabar dan menarik kepercayaan agar mereka berasa selamat dan selesa.
“Menjadi penjaga atau memiliki ‘sesuatu’ untuk dijaga adalah pengalaman yang tidak boleh ditandingi,” katanya.
Selain tiga kucing, pasangan ini turut memelihara seekor anjing yang diberi nama Jackson.