,
Laman Utama

Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun

Maliah Surip
19/08/2022
09:51 MYT
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.
Salah seorang mangsa yang pernah terperangkap dalam ‘cinta’ dan populariti penyanyi R&B itu satu ketika dulu hadir memberi keterangan di mahkamah di Chicago.
Dalam keterangan yang diberi, wanita yang dikenali sebagai Jane dan berusia 37 tahun kini mendakwa telah melakukan ratusan kali hubungan seks dengan R. Kelly.
Hubungan seks tersebut dilakukan sebelum usianya mencecah 18 tahun!
Jane mendakwa dia berkenalan dengan penyanyi lagu I Believe I Can Fly itu pada usia 13 tahun.
BBC melaporkan Jane memberi keterangan dengan mengatakan mula melakukan hubungan seks bersama penyanyi itu pada usia 15 tahun.
Sepanjang ratusan kali berhubungan seks, R. Kelly didakwa merakamkan sekurangnya empat video bersama Jane dan bukti ditunjukkan di mahkamah.
Malah dalam salah satu video kelihatan R. Kelly memberi wang kepada Jane yang disifatkan sebagai sebuah bisnes pelacuran.
Selain video, pihak juri dan hakim turut ditunjukkan secara ilustrasi gambaran mangsa yang sewaktu kejadian masih berada di bangku sekolah.
Bagaimanapun perwakilan R. Kelly menolak dakwaan penyanyi itu sebagai raksasa seks dan meminta kliennya dibicarakan secara adil.
R. Kelly atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, berdepan dengan 13 pertuduhan jenayah termasuk mereka dan menerima pornografi kanak kanak serta kegiatan seks yang melampau.
Dia telah pun dijatuhi hukuman penjara 30 tahun sebelum ini atas pertuduhan penderaan seksual dalam kes yang berlangsung secara asing di New York, tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.