"Mangsa Diminta Berbogel & Mengangkang..."- Remaja Jadi Mangsa Rogol Inspektor Polis
Gempak
03/01/2023 08:34 MYT
03/01/2023 08:34 MYT
Tular berita seorang inspektor polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kes rogol membabitkan remaja berusia 16 tahun atas dakwaan merogol mangsa itu semasa melakukan soal siasat.
Pun begitu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai itu, tetapi enggan mengulas lanjut memetik siasatan yang sedang berjalan.
Gadis itu telah membuat laporan polis pada 31 Dis terhadap pegawai penyiasat dari sebuah balai polis daerah dekat Alor Setar, Kedah.
Terdahulu, di balai yang sama juga dia pergi untuk merakam kenyataannya berhubung dakwaan asal dirogol bapa tirinya.
Menurut Harian Metro, pegawai polis itu didakwa merogol mangsa sekitar jam 6.30 petang pada 28 Dis lepas, selepas dia meminta untuk memeriksa bahagian sulit mangsa, kononnya sebagai sebahagian daripada proses siasatan.
"Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya," kata sumber.
Sumber itu dilaporkan mendedahkan bahawa gadis itu kemudiannya terpaksa menanggalkan pakaian dan berbaring di atas katil di dalam bilik penyiasatan di mana dia didakwa dirogol.
Selanjutnya, sumber berkata kejadian berlaku hampir 30 minit dan selepas itu mangsa diminta pegawai polis terbabit memakai kembali pakaiannya selain turut diberitahu yang kes berkenaan belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.
Susulan daripada itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.
"Remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal," kata sumber itu lagi.
Sumber: Harian Metro