Mangsa Fitnah! Kematian Arwah Ibu Jadi ‘Modal’ Anti Vaksin Sebar Dakyah Palsu? Melampau Sungguh!
20/02/2022 06:45 MYT
Kecewa! Mungkin itulah yang sedang dialami seorang pemuda apabila kematian ibunya dijadikan ‘modal’ buat golongan anti vaksin menyebarkan dakyah tidak benar.
Menurut pendedahan dibuat di Twitter, individu dikenali sebagai Mohamad Faeez Harith bengang apabila ada pihak menyebarkan berita palsu.
Faeez mendakwa golongan anti vaksin menfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin.
Susulan itu, Faeez tampil menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku terhadap ibunya.
“Berita palsu tentang kematian mama.
“Saya selaku anak dan wakil waris mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban kumpulan anti vaksin yang membuat berita palsu tentang kematian Mama tanpa berhubung langsung dengan waris.
“Berikut penjelasan tentang fitnah mereka.
“Punca Kematian tidak dikenalpasti. Untuk pengetahun si bah*** ini semua, punca kematian mama adalah daripada tindak balas dengan ubat pelali (anaesthesia) yang diberikan kepada Mama sebelum prosedur intubasi dan beberapa prosedur lain pada malam kematian Mama,” katanya.
Jelas Faeez, arwah ibunya juga sudah menggunakan kerusi roda sebelum virus Covid-19 muncul.
“November sudah mula pakai roda sebab sakit lutut.
“Mama aku tu sakit lutut sejak sebelum ada Covid lagi. Ini gambar tahun 2018, dah memang aku tolak atas kerusi roda, masa ni vaksin pun belum ada,” katanya.
Anda boleh lihat penjelasan penuh Faeez di bawah.
Difahamkan Faeez akan membuat laporan polis mengenai perkara ini supaya tindakan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh diambil oleh pihak atasan.