Pelawak Tauke Jambu mengesahkan anak saudaranya antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jengka, Pahang.

Tauke memberitahu anak saudaranya kini cedera parah dan tidak sedarkan diri dari koma.

“Salam.. Minta kawan-kawan doakan agar anak saudara gua segera sedar dari koma.

“Dia juga mangsa langgar lari... Kejadian di Pahang (Jengka 14),” tulisnya.

Tauke berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Walaubagaimanapun, Tauke tidak memberitahu maklumat lanjut mengenai insiden langgar lari terbabit.

Menerusi perkongsian itu, Tauke memuat naik foto yang dipercayai anak saudaranya yang terlantar di katil hospital.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut mendoakan agar anak saudaranya sedar dari koma dan segera sembuh.

“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan Amin.

“Allahuakbar.. Kami mendoakan moga rahmat Allah SWT sentiasa bersama anak saudara bro dan mendapat kesembuhan segera dari-Nya.

“Allahuakbar.. Semoga anak saudara adik Tauke cepat sembuh ye... Aamiin,” komen peminatnya.

salam .. minta kawan2 doakan agar anak sedara gua segera sedar dari koma.dia juga mangsa langgar lari... kejadian di pahang (jengks 14)

A post shared by taukejambu (@taukejambu2) on