gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sheila On 7 Ubati Rindu Peminat Selepas 7 Tahun! Pak Duta Turun Pentas, Selfie Dengan Peminat Waktu Nyanyi Sephia
HIBURAN
Bapa Hisyam Hamid Menangis Ketika Tayangan Perdana Filem Memori - “Filem Ini Banyak Persamaan Dengan Hidup…”
HOLLYWOOD
Hulk Hogan Sedang Buat Dokumentari Sebelum Meninggal Dunia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Manipulasi Wanita Untuk Lariskan Produk" - Ini Penjelasan Azlan Typewriter

Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
11/01/2019
07:51 MYT
Sponsor Banner
"Manipulasi Wanita Untuk Lariskan Produk" - Ini Penjelasan Azlan Typewriter
Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan mengakui mempunyai alasan tersendiri menggunakan khidmat wanita seksi dalam klip video lagu iklan produk minuman keluarannya, Turbo 3.
Menurut Azlan apa yang dilakukan ini adalah strategi pemasaran memandangkan orang ramai lebih tertarik dengan wanita seksi.
"Ini merupakan strategi pemasaran yang dilakukan oleh pihak saya dalam memperkenalkan produk ini.
"Jika ada yang kata saya manipulasi wanita untuk laris produk, saya tidak kisah kerana setiap orang boleh kata apa saja.
"Mungkin gunakan wanita lebih menarik jika nak dibandingkan gunakan diri saya berpakaian seksi dan ia mungkin tidak menarik minat orang untuk tengok.
"Bukan saya sahaja menggunakan wanita untuk melariskan produk kerana banyak juga orang lain menggunakan wanita untuk melariskan atau memperkenalkan produk mereka," katanya kepada Gempak.
Azlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran air minuman Turbo 3 dan single terbaru Azlan, berjudul Kukuh di Wow KL, baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Penyanyi
#Azlan & The Typewriter
#Azlan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement