Penyanyi Noh Salleh selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Fatin Athirah Mustapa hari ini.

Berita gembira itu dikongsi oleh Noh menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Athira dan Noh, 23 September 2023,” tulisnya ringkas.

Tidak hanya tulisan ringkas, hantaran itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan wajah Noh dan isterinya tersenyum manis sambil berpandangan antara satu sama lain.

Pasangan itu juga kelihatan sungguh manis mengenakan busana putih cream ketika duduk di ata pelamin minimalis yang disediakan.

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh)


Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu.




Terdahulu, Noh dan Athira melangsungkan pertunangan pada 7 Mei lalu.

Malah kad undangan perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.

Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.